Pembudayaan keusahawanan ke arah mempengaruhi kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan bakal graduan di UTHM

Mohd Rosli, Farhana (2013) Pembudayaan keusahawanan ke arah mempengaruhi kecenderungan menceburi bidang keusahawanan dalam kalangan bakal graduan di UTHM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p FARHANA MOHD ROSLI.pdf

Download (496kB) | Preview
[img] Text (Full Text)
FARHANA MOHD ROSLI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini mengkaji kesan pembudayaan keusahawanan ke arah mempengaruhi kecenderungan pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan di kalangan bakal graduan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Untuk kaedah kuantitatif penyelidik memilih untuk menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data. Sampel kajian kuantitatif terdiri daripada 120 orang bakal graduan dari dua buah fakulti di UTHM iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS) dan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP). Data Kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS 17.0 (Statistical Package for Social Science). Dapatan kajian ini mendapati bahawa kebudayaan keusahawanan di UTHM masih diperingkat awal. Akan tetapi telah wujudnya ekosistem keusahawanan secara kecil-kecilan dalam usaha menggalakkan pelajar menceburi bidang keusahawanan. Selain itu, kajian ini juga mendapati tidak wujud perbezaan kecenderungan menjadi usahawan dalam kalangan bakal graduan di FKAAS dan FPTP.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory > HB522-715 Income. Factor shares
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 12 Oct 2021 04:32
Last Modified: 12 Oct 2021 04:32
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1901

Actions (login required)

View Item View Item