Pelaksanaan latihan sambil kerja (OJT) satu tinjauan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kementerian Sumber Manusia

Ibrahim, Badaruddin and Daud, Md Razak and Mohd Salleh, Kahirol and Mustafa, Mohd Zaid and Sulaiman, Norlisa (2008) Pelaksanaan latihan sambil kerja (OJT) satu tinjauan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kementerian Sumber Manusia. In: National Conference on Skills and Competencies in Education 2008, 16 February 2008, Science University of Malaysia.

[img]PDF
686Kb

Abstract

Kajian bertujuan untuk mengenalpasti tahap pelaksanaan Latihan Sambil Kerja (On Job Training, OJT) oleh pelatih-pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi kursus juruelektrik di tiga buah ILP. Pemilihan tiga buah ILP (ILP Pasir Gudang Johor, ILP Bukit Katil Melaka dan ILP Kuala Lumpur) melibatkan 94 orang responden yang terdiri daripada pelatih juruelektrik sahaja. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan data yang digunakan berbentuk data primer dan data skunder. Instrumen borang soal selidik digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 11.5 bagi mendapatkan peratus, min, sisihan piawai bagi mempamerkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan pelatih ILP dengan teori dan kemahiran sebelum menjalani latihan sambil kerja (OJT) selama 6 bulan di sesebuah organisasi adalah sederhana (skor min 3.6501). Pelatih ILP juga dapat melaksanakan tugas yang diarahkan oleh majikan dengan baik (skor min 3.9197). Secara keseluruhan tahap pelaksanaan OJT oleh pelatih juruelektrik adalah sederhana dengan kecenderungan min adalah 3.7129. Tahap sederhana ini menunjukkan pelatih ILP perlu meningkatkan tahap penguasaan kandungan teori, lisan dan amali serta memperbaiki tahap kerjasama dengan majikan semasa OJT.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:T Technology > T61-173 Technical education. Technical schools
ID Code:1915
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:05 Oct 2011 12:23
Last Modified:05 Oct 2011 12:23

Repository Staff Only: item control page