Persediaan pensyarah politeknik ke arah melahirkan sumber tenaga manusia

Madar, Ahmad Rizal and Ibrahim, Nurul Izzah and Puteh, Saifulizam Persediaan pensyarah politeknik ke arah melahirkan sumber tenaga manusia. In: Keharmonian hidup imbangan alam dan pembangunan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]PDF
1483Kb

Abstract

Institusi pendidikan tertian adalah pembekal utama sumber tenaga manusia untuk memenuhi keperluan guna tenaga kerja pelbagai sektor dan peringkat pekerjaan. Politeknik adalah pendidikan tertiari yang berperanan dalam melahirkan tenaga separa profesional dalam bidang kejuruteraan, hospitaliti dan perdagangan untuk pembangunan negara. Pensyarah politeknik juga mendorong dan membentuk sahsiah peribadi pelajar agar melahirkan tenaga buruh yang berkelayakan akademik dan teknikal yang tinggi serta mempunyai nilai-nilai etika kerja positif. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana persediaan pensyarah politeknik ke arah melahirkan sumber tenaga manusia sebagai memenuhi keperluan negara pada masa akan datang. Skop kajian ini metibatkan tiga aspek iaitu kajian ke atas tahap kemahiran berfikir, nilai-nilai etika kerja dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diterapkan oleh pensyarah kepada pelajar. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik. Seramai 172 pensyarah politeknik daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Datadata kajian diamalisis menggunakan program SPSS versi 11.0. Dapatan kajian\ menunjukkan tiga aspek yang dikaji mempunyai tahap persediaan yang sederhana iaitu kemahiran berfikir (skor min=3.43), nUai etika kerja (skor min=3.70) dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (skor min=3.20). Kesimpulannya pensyarah politeknik masih belum bersedia untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang mempunyai kemahiran berfikir, nilai etika kerja dan kemahiran teknologi maklumat & komunikasi

Item Type:Book Section
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:1916
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:05 Oct 2011 12:09
Last Modified:05 Oct 2011 12:09

Repository Staff Only: item control page