Keberkesanan sistem saliran Kampung Parit Jambul Johor

Md Ali, Zarina and Kamalbaharin, Norfaizah and Md Zin, Nur Shaylinda (2007) Keberkesanan sistem saliran Kampung Parit Jambul Johor. In: Persidangan Kebangsaan AWAM '07, 29-31 Mei 2007, Langkawi, Kedah.

[img]
Preview
PDF
383Kb

Abstract

Fenomena banjir biasanya berlaku di kawasan yang giat membangun atau kawasan yang berdekatan dengan projek-projek pembangunan serta saliran yang tidak efektif. Kampung Parit Jambul yang terletak di Parit Raja adalah salah satu kawasan yang mengalami pembangunan yang pesat dan sering menghadapi msalah banjir. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan sistem saliran di Kampung Parit Jambul serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kerja lapangan meliputi pengukuran luas kawasan menggunakan Teodolit Digital (Kaedah Latit-dipat) dan data halaju di sistem saliran bagi pengiraan kadar alir. Kaedah Persamaan Manning telah digunakan untuk mendapatkan kadar alir normal dan maksimum. Manakala, Kaedah Rasional (MSMA) bagi menentukan kadar alir bagi kala kembali 5, 10 dan 100 tahun dijadikan perbandingan dalam menentukan keberkesanan sistem saliran. Keputusan analisis mendapati kadar alir normal di sistem saliran dianggarkan sebanyak 0.353 m3/s manakala 3.37 m3/s bagi pengaliran air tahap maksimum. Manakala kaedah Rasional Terubahsuai daripada MSMA mendapati kadar alir adalah sebanyak 3.35 m3/s bagi kala kembali 5 tahun, 3.80 m3/s bagi kali kembali 10 dan 5.10 m3/s bagi kala kembali 100 tahun. Selain itu, kehadiran rumput yang panjang, sampah sarap, kawasan berada di topografi rendah dan mendakan tanah dan pasir yang berada di dasar saliran adalah faktor yang mempengaruhi banjir. Sebagai kesimpulan, sistem ini perlu diperbaiki untuk mengelakkan fenomena banjir di masa hadapan samada dilebarkan atau diturunkan aras dasar saliran. Pengurusan sistem saliran yang cekap dan teratur oleh pihak terbabit dapat menjamin sistem saliran yang efektif dan bersih.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:keberkesanan sistem saliran; banjir; Kaedah Manning dan MASMA
Subjects:T Technology > TC Hydraulic engineering. Ocean engineering
Divisions:Faculty of Civil and Environmental Engineering > Department of Water and Environment Engineering
ID Code:1926
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:04 Oct 2011 16:05
Last Modified:04 Oct 2011 16:05

Repository Staff Only: item control page