Kesediaan menjadi K-Worker di kalangan wanita bagi memenuhi keperluan industri

Ab.Hadi, Mohd Yusop and Mohd Yunos , Jailani and Kaprawi, Noraini (2005) Kesediaan menjadi K-Worker di kalangan wanita bagi memenuhi keperluan industri. In: Seminar wanita era baru.

[img]PDF
827Kb

Abstract

Trend majikan sekarang adalah untuk mendapatkan pekerja-pekerja yang mempunyai ciri-ciri k-worker. Pekerja yang mempunyai ciri-ciri k-worker mempunyai keterampilan diri dan menjadi idola majikan kerana mereka akan menjadi aset utama yang membawa kepada kejayaan perlaksanaan dan pencapaian matlamat perancangan strategik pihak pengurusan.Kajian ini adalah sebahagian daripada kajian untuk mengenalpasti kesediaan pelatih-pelatih pusat latihan kemahiran untuk menjadi k-worker bagi memenuhi perminatan majikan terutamanya majikan sesebuah industri. Dalam kajian ini responden kajian terdiri daripada 638 pelatih-pelatih pusat latihan kemahiran. Daripada 638 responden ini pelatih wanita adalah seramai 165 orang. la merupakan 25.8% daripada keseluruhan responden. Skop kesediaan untuk menjadi k-workers yang dikaji ialah kesediaan pengetahuan teknikal, kesediaan pengetahuan kemanusiaan, kesediaan pengetahuan pembelajaran sepanjang hayat, kesediaan pengetahuan celik komputer, kesediaan pengetahuan menyelesaikan masalah, dan kesediaan pengetahuan berbahasa Inggeris. Daripada kajian ini menunjukkan bahawa wanita juga telah bersedia untuk menjadi k-worker bagi memenuhi keperluan industri. Berdasarkan kepada kajian ini juga dapat dirumuskan bahawa wanita mempunyai kebolehan yang baik sebagai pengikut dan juga pemimpin. Mereka bersedia untuk memainkan peranan secara efektif terhadap apa jua tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Namun begitu terdapat beberapa aspek kesediaan untuk menjadi k-worker yang perlu dipertingkatkan sebagai langkah untuk melahirkan wanita yang lebih berketrampilan dan menjadi idola majikan serta keluarga

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:1936
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:05 Oct 2011 12:12
Last Modified:05 Oct 2011 12:12

Repository Staff Only: item control page