Pembelajaran berbantukan animasi 3D untuk amali fizik

Mustafa, Mohd Kamarulzaki and Othman, Muhammad Fakri and Othman, Nurul Hidayah (2005) Pembelajaran berbantukan animasi 3D untuk amali fizik. In: Seminar Ict Dalam Pendidikan Peingkat Kebangsaan 2005.

[img]
Preview
PDF
419Kb

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat dan multimedia telah membawa satu dimensi besar dalam kaedah penyampaian maklumat kepada audien. Teknologi ini mampu memberikan penyampaian yang lebih baik dan berkesan berbanding kaedah konvensional. Justeru itu banyak aplikasi teknologi maklumat dan multimedia telah digunakan untuk meningkatkan teknik penyampaian dan persembahan seperti penggunaan multimedia dan internet. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan mendapat manfaat daripada perkembangan teknologi ICT dan multimedia untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Penggunaan teknologi ini dilihat sebagai satu alternatif yang dapat menarik tumpuan audien dan seterusnya dapat menghasilkan gambaran dan pemahaman yang lebih jelas. Projek ini menghasilkan animasi tiga dimensi eksperimen fizik yang dijalankan oleh pelajar tahun satu di universiti. Hasil daripada projek berbentuk informasi ini memudahkan pelajar melakukan eksperimen fizik dengan lebih lancar dalam masa yang ditetapkan. Selain daripada mempunyai animasi dalam tiga dimensi setiap alat yang digunakan, prosedur amali juga diterangkan satu persatu dengan bantuan audio. Modul ini juga memberikan pengguna kawalan sepenuhnya untuk meneroka keseluruhan kandungan dan kaedah melakukan sesuatu eksperimen.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:teknologi maklumat dan multimedia; pengajaran dan pembelajaran; animasi 3D; eksperimen fizik.
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Science and Mathematics
ID Code:1940
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:05 Oct 2011 12:14
Last Modified:05 Oct 2011 12:14

Repository Staff Only: item control page