Pembinaan penampilan diri wanita menerusi kokurikulum

Esa, Ahmad and Mohd. Yunus, Jailani and Kaprawi, Noraini (2005) Pembinaan penampilan diri wanita menerusi kokurikulum. In: Seminar wanita era baru, Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya.

[img]PDF
695Kb

Abstract

Kertas kerja ini merupakan sebahagian daripada dapatan penyelidik semasa menjalankan penyelidikan yang bertajuk, "Pelaksanaan Kemahiran Generik Menerusi Kokurikulum Di Politeknik Bagi Memenuhi Keperluan Industri." Oleh kerana dalam penyelidikan tersebut, responden kajian turut melibatkan pelajar wanita, maka difikirkan wajar dapatan yang berkaitan dengan responden wanita dikongsi bersama dengan golongan wanita sama ada yang berkerjaya atau suri rumah menerusi seminar wanita yang direncanakan. Menerusi penyelidikan tersebut didapati bahawa menerusi - kegiatan kokurikulum pelajar wanita dapat membina penampilan diri yang positif menerusi beberapa penguasaan kemahiran generik seperti kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah, membuat keputusan, kepimpinan, bekerja dalam kumpulan, interpersonal dan pengurusan. Didapati juga tidak ada perbezaan yang signifikan di antara pelajar wanita dan lelaki terhadap beberapa kemahiran generik yang diperoleh menerusi kokurikulum di politeknik-politeknik Malaysia. Oleh itu, disarankan satu daripada cara untuk wanita sama ada berkerjaya atau suri rumah tangga membina penampilan diri yang positif ialah melakukan aktiviti riadah seperti bersukan dan berpersatuan

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:1944
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:05 Oct 2011 12:16
Last Modified:05 Oct 2011 12:16

Repository Staff Only: item control page