Shooter’s personal performance application

Hanip, Muhammad Izzul and Romli, Muhammad Razif and Saifol Bakhrin, Muhammad Haris Imran and Mohd Nasir, Fawwaz (2020) Shooter’s personal performance application. In: ICT for Technology Humanization. Penerbit UTHM, pp. 49-60. ISBN 978-967-2389-28-6

[img] Text
Chapter 06 Shooter’s Personal Performance Application.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Shooter’s Personal Performance Application merupakan aplikasi Android yang dikategorikan sebagai aplikasi sukan menembak yang digunakan hanya untuk latihan semata. Objektif utama projek ini adalah untuk memudahkan para atlet menembak, membuat latihan secara peribadi. Semua kemudahan latihan akan disediakan di dalam satu aplikasi di dalam telefon pintar. Sebelum ini, atlet sukan menembak dilihat menghadapi beberapa masalah dalam membuat latihan secara peribadi di mana mereka sering terlupa untuk merekod prestasi mereka sendiri. Dengan itu, mereka tidak boleh menilai prestasi mereka sebelum-sebelum ini. Atlet juga dilihat menghadapi kesukaran dalam berlatih menggunakan cara manual kerana mereka sering terlepas dengar bunyi ketukan besi oleh jurulatih, sebagai tanda acara sudah bermula. Dengan adanya aplikasi ini, para atlet mampu merekodkan prestasi peribadi mereka. Atlet juga dapat menilai sendiri prestasi mereka dengan mencatat sasaran dan kesilapan yang mereka lakukan semasa latihan. Atlet menembak boleh memilih atau menetapkan timer mengikut kategori yang mereka pilih untuk dijadikan latihan, Selain itu, atlet boleh melihat semula rekod yang dicatat untuk menganalisis prestasi mereka sendiri. Data rekod hanya boleh dilihat oleh diri sendiri sahaja. Untuk membangunkan aplikasi ini, model ADDIE digunakan kerana model ini mudah difahami dan hanya memerlukan lima elemen sahaja untuk diguna pakai. Untuk menguji tahap keberkesanan aplikasi ini, seramai 20 responden telah mencuba sendiri aplikasi yang dibangunkan dan kemudiannya menjawab borang soal selidik secara dalam talian. Hasil menunjukkan lebih separuh daripada responden menyetujui bahawa aplikasi ini sangat membantu para atlet menembak merekod dan menilai prestasi peribadi mereka.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Information technology; Communication and technology; Government publications--Malaysia
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T11.95-12.5 Industrial directories > T58.5-58.64 Information technology
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology > Department of Multimedia
Depositing User: Mr. Abdul Rahim Mat Radzuan
Date Deposited: 27 Oct 2021 07:46
Last Modified: 27 Oct 2021 07:46
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1956

Actions (login required)

View Item View Item