Pembangunan profil kemahiran generik terhadap graduan hospitaliti

Tan, King Hiyang and Tuah, Khalid Husseine Pembangunan profil kemahiran generik terhadap graduan hospitaliti. In: Seminar Kebangsaan Jawatakuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG 2008).

[img]
Preview
PDF
63Kb

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk membangunkan profil kemahiran generik terhadap graduan hospitaliti berdasarkan kehendak majikan sektor perhotelan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan majikan sektor perhotelan yang berdaftar di bawah Malaysian Association of Hotels (MAH) di zon utara dan selatan Semenanjung Malaysia. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Kaedah temu bual semi struktur turut digunakan bagi menyokong data kuantitatif yang diperolehi. Daripada 11 domain kemahiran generik yang dikaji, didapati kemahiran personal merupakan kemahiran generik yang sangat penting untuk dikuasai oleh graduan hospitaliti (min = 4.64). Di samping itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut statistik antara kehendak majikan sektor perhotelan di zon utara dengan zon selatan Semenanjung Malaysia mengenai kemahiran generik yang diperlukan ke atas graduan hospitaliti. Profil kemahiran generik yang telah dibangunkan telah disahkan oleh pihak MAH dan pihak ini menyokong agar profil ini diimplementasikan dalam kurikulum pengajian hospitaliti di Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kemahiran generik, hospitaliti
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:196
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:09 Feb 2010 12:41
Last Modified:29 Apr 2011 14:39

Repository Staff Only: item control page