Wanita dalam pendidikan teknikal

Suradin, Ali and Mahpol, Juliana and Mohd Basri, Fara Nur Asma (2005) Wanita dalam pendidikan teknikal. In: Seminar Wanita Era Baru, Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
728Kb

Abstract

Malaysia kini, merupakan sebuah negara yang melalui proses perindustrian dan perbandaran yang pesat dan kesan daripada proses ini telah mengubah watak tradisi kaum hawa iaitu wanita. Model keluarga dahulu di mana kaum lelaki sebagai pencari rezeki dan kaum wanita sebagai suri rumah tangga yang bergantung penuh kepada suami sudah kurang sesuai diguna pakai di zaman kini. Di dalam bidang yang dipelopori oleh kaum lelaki seperti bidang teknikal, kaum wanita turut sama bersaing menceburi bidang ini. Namun, oleh kerana sempadan jantina, telah menghalang wanita yang berkelayakan untuk mengembangkan potensi mereka. Oleh kerana kaum wanita lewat memasuki bidang ini, maka hanya segelintir daripada mereka yang layak dijadikan contoh untuk menceburi bidang ini. Kebanjiran pelajar-pelajar wanita yang mengambil kursus-kursus teknikal di institusi-institusi pengajian tinggi telah membuka mata pelbagai pihak mengenai kebolehan kaum wanita menceburi bidang ini. Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah cara terbaik untuk menangani situasi ini. Kajian ini diharapkan dapat menyingkap dan memahami keperluan dan kehendak wanita yang menceburi bidang teknikal dan kekangan yang mereka hadapi untuk terus maju dalam bidang in

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:1974
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:05 Oct 2011 11:48
Last Modified:05 Oct 2011 11:48

Repository Staff Only: item control page