Pendekatan kos kitaran hayat (LCC) ke arah pembangunan lestari di Malaysia

Mohammed Rum, Nor Azizah and Akasah , Zainal Abidin (2011) Pendekatan kos kitaran hayat (LCC) ke arah pembangunan lestari di Malaysia. In: Persidangan Kebangsaan Sains Sosial UNIMAS 2011, 20-21 April 2011, Universiti Malaysia Sarawak.

[img]
Preview
PDF
305Kb

Abstract

Industri pembinaan merupakan salah satu sektor penting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara di Malaysia. Industri ini membangun dengan cepat dan menjadi tulang belakang kepada negara berbanding dengan negara-negara membangun yang lain di dunia. Sebagai sebuah negara membangun yang kini menuju ke arah pembangunan lestari yang seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-9, pembangunan yang dibina perlulah memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang. Oleh itu bagi memastikan matlamat kerajaan ini tercapai kaedah pendekatan kos kitaran hayat (LCC) perlu diterapkan dalam industri pembinaan bermula dari peringkat perancangan, mereka bentuk, membina, pengoperasian dan penyelenggaraan serta membaik pulih ataupun memusnahkan sesebuah struktur bangunan dan infrastruktur perlulah dilakukan agar ia tidak mendatangkan kerugian kepada ekonomi negara. Menerusi kaedah ini, faktor dan kos penyelenggaraan bagi sesuatu produk pembinaan diambil kira pada peringkat reka bentuk lagi bagi mendapatkan unjuran LCC yang lebih tepat. Kertas kerja ini akan menjelaskan LCC sebagai elemen penting dalam semua sektor industri pembinaan kerana kaedah ini berupaya memacu peningkatan kualiti dengan mengambil kira kesan kos projek secara komprehensif. Bagi mencapai matlamat kajian ini, beberapa objektif telah dikenal pasti antaranya adalah memahami konsep pembangunan lestari di dalam industri pembinaan di Malaysia. Kedua adalah mengenal pasti kos kitaran hayat di dalam pembangunan lestari terutamanya pada peringkat penyelenggaraan dan yang terakhir mencadangkan amalan kerja penyelenggaraan lestari melalui pendekatan kos kitaran hayat yang telah dikenal pasti bagi memudahkan pengurusan dan pengawalan kos penyelenggaraan di lakukan supaya pembangunan lestari boleh dicapai. Data-data signifikan daripada jurnal-jurnal berwasit antarabangsa telah digunakan sebagai bahan-bahan rujukan utama bagi penyelidikan pendekatan LCC ke arah pembangunan lestari. Diharapkan melalui kajian ini ia akan membantu dan dijadikan sebagai bahan rujukan penyelidikan dan pengurusan industri pembinaan di Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:industri pembinaan; kos kitaran hayat; pembangunan lestari; penyelenggaraan
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades
Divisions:Faculty of Civil and Environmental Engineering > Department of Civil Engineering
ID Code:2002
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Oct 2011 11:11
Last Modified:05 Oct 2011 11:11

Repository Staff Only: item control page