Analisa komunikasi dua hala guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru pelatih.

Ab. Hadi, Mohd Yusop and Mohamad, Baharom and Hashim, Jamaluddin and Razzaq, Abdul Rashid (2008) Analisa komunikasi dua hala guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru pelatih. In: International Conference On Communication And Media (i COME 2008), 14-17 Jun 2008, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF
583Kb

Abstract

Elemen komunikasi antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran menuntut guru menggunakan kemahiran interaksi dua hala bagi memastikan isi pelajaran dapat disampaikan dengan lancar dan pelajar-pelajarnya menerima dengan jelas serta membuat interpretasi yang tepat mengenai maksud yang terkandung dalam mesej. Berbeza dengan komunikasi sehala, komunikasi dua hala memberi peluang penutur menilai sama ada mesej yang dihantarnya dapat diterima oleh penerima atau sebaliknya. Komunikasi dua hala juga memberi ruang kepada penutur untuk menilai ketepatan mesej yang diterima oleh penerima mesej. Perlaksanaan pengajaran yang berkesan bermula dengan perancangan pengajaran bagi satu satu sesi pengajaran. Rancangan untuk menyampaikan sesuatu objektif pengajaran yang jelas dan berasas kepada pelajar oleh guru ialah guru merancang dan menyediakan rancangan mengajar secara bertulis. Perancangan seperti ini memudahkan bakal individu yang akan melaksanakan pengajaran, menyemak, memperbaiki dan menjalankan simulasi sebelum melaksanakan proses pengajaran yang sebenar. Dalam kalangan guru pelatih mereka telah diajar bagaimana untuk merancang pengajaran dan sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran. Pengajaran yang baik adalah pengajaran yang mematuhi semua perancangan mengajar. Mendapati bahawa komikasi dua hala adalah memainkan peranan dalam menjayakan proses pengajaran untuk mencapai matlamatnya maka perancangan mengajar yang dihasilkan oleh seseorang guru boleh dijadikan wadah untuk mengesan jangkaan penggunaan kemahiran komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran. Sehubungan dengan ini tinjauan telah dijalankan untuk mengenai pasti penggunaan komunikasi dua hala guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru pelatih sebelum menjalankan proses pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan pelatihpelatih lebih banyak menggambarkan penggunaan komunikasi sehala berbanding komuniasi dua hala dalam persediaan mengajar. Dengan ini adalah dicadangkan supaya pelatih-pelatih didedahkan peranan komunikasi dua hala dalam aktiviti pengajaran dan format serta teknik penulisan komunikasi dua hala dalam penyediaan rancangan mengajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2023
Deposited By:Faizul Sahari
Deposited On:05 Oct 2011 12:11
Last Modified:05 Oct 2011 12:11

Repository Staff Only: item control page