Maskan, Norsyuhadah (2013) Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran sains di Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.
|
Text
24p NORSYUHADAH MASKAN.pdf Download (380kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
NORSYUHADAH MASKAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (114kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
NORSYUHADAH MASKAN WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (695kB) | Request a copy |
Abstract
Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan PBS bagi mata pelajaran sains di sekolah kebangsaan daerah Pontian, Johor. Elemen yang akan dikaji ialah tahap kesediaan guru dan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan PBS. Jenis persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah dimana sampel kajian adalah seramai 108 orang guruguru yang terdiri daripada guru yang mengajar pelajar Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dari 10 buah sekolah yang telah dipilih. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang akan diedarkan kepada responden. Data yang telah dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS). Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (skor min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (Ujian Mann Whitney U dan Ujian Kruskal Wallis). Dapatan kajian menunjukkan guru-guru telah bersedia untuk melaksanakan PBS di mana skor min setiap elemen adalah tinggi iaitu pengetahuan (3.88), kemahiran (3.65), sikap (3.97) serta peralatan dan kemudahan (3.84). Manakala skor min bagi masalah yang dihadapi oleh guru sewaktu melaksanakan PBS pula adalah tinggi iaitu 3.70 yang mana menunjukkan guru-guru berhadapan dengan masalah yang sama. Ujian hipotesis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan oleh guru mengikut jantina dan umur dalam pelaksanaan PBS. Kesimpulannya, guru-guru telah bersedia untuk melaksanakan PBS di sekolah kebangsaan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 31 Oct 2021 01:19 |
Last Modified: | 31 Oct 2021 01:19 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2033 |
Actions (login required)
View Item |