Pelaksanaan pembangunan wakaf korporat Johor Corporation Berhad (JCorp): satu tinjauan

Borham , Abd Shakor (2011) Pelaksanaan pembangunan wakaf korporat Johor Corporation Berhad (JCorp): satu tinjauan. In: International Conference on the Roles of the Humanities and Social Sciences in Engineering 2010, 12-14 November 2010, Universiti Malaysia Perlis, Perlis.

[img]
Preview
PDF
299Kb

Abstract

Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai pelaksanaan pembangunan wakaf korporat yang diperkenalkan oleh Johor Corporation Berhad (JCorp) menerusi anak syarikatnya iaitu Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp). Wakaf ini merupakan salah satu daripada bentuk wakaf kontemporari yang dipercayai pertama dilakukan oleh sebuah syarikat korporat di negara ini dan juga di dunia. Tujuan utama penulisan ini adalah untuk mengupas pelaksanaan wakaf korporat dari perspektif Islam di samping meninjau sejauhmana pelaksanaan pembangunan wakaf tersebut dapat memenuhi matlamat amalan wakaf dalam Islam. Bagi memenuhi matlamat ini, penulis telah melakukan kajian melalui kaedah pengumpulan data dan penganalisaan data. Hasil kajian mendapati wakaf korporat yang diperkenalkan oleh JCorp merupakan adaptasi daripada wakaf saham yang terdapat di dalam Islam. Berasaskan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut ternyata pelaksanaan pembangunannya telah memberi manfaat yang besar kepada seluruh masyarakat. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dikemukakan bagi tujuan menambahbaikkan dalam pelaksanaan pembangunan wakaf tersebut.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:T Technology > TH Building construction
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:2035
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Oct 2011 12:41
Last Modified:05 Oct 2011 12:41

Repository Staff Only: item control page