Dimensi personaliti psikotisisme di kalangan ketua dan impaknya terhadap estim kendiri pekerja di tempat kerja

Johar, Siti Sarawati Dimensi personaliti psikotisisme di kalangan ketua dan impaknya terhadap estim kendiri pekerja di tempat kerja. In: International Conference on the Roles of the Humanities and Social Sciences in Engineering 2010, 12-14 November 2010, Universiti Malaysia Perlis, Perlis.

[img]
Preview
PDF
286Kb

Abstract

Kertas kerja ini merupakan kertas konsep yang lebih tertumpu kepada perbincangan kritis mengenai dimensi personaliti psikotisisme di kalangan ketua dan impaknya terhadap estim kendiri pekerja di tempat kerja. Hal ini juga merupakan perkaitan antara personaliti ketua dalam elemen tadbir urus insan di tempat kerja dan dalam organisasi masa kini. Perbincangan ini melingkungi kerangka konseptual personaliti psikotisisme; estim kendiri; impak, cabaran dan harapan. Dalam ruang yang sinonim ini, setiap pekerja di mana-mana organisasi merupakan entiti sumber manusia yang seharusnya merupakan modal insan yang berkapasiti unggul dalam usaha menghasilkan output dan mutu kerja berkualiti serta elemen pengurusan dengan nilai integriti yang mantap. Kepincangan dalam konteks personaliti ketua di tempat kerja sehingga lebih bercirikan trait personaliti psikotisisme yang dipetik daripada teori personaliti Hans J.Eysenck akan memungkinkan wujudnya ketidak-stabilan emosi bukan sahaja di pihak ketua malahan turut di pihak pekerja. Untuk itu, ketua di tempat kerja seharusnya memiliki personaliti dinamik dan unggul dalam mentadbir urus insan serta lebih berupaya mempengaruhi kemantapan emosi dan estim kendiri dalam kalangan pekerja agar pekerja lebih bermotivasi dan terarah dalam merealisasikan aspirasi organisasi. Hal ini juga akan membolehkan pekerja lebih berupaya untuk mewujudkan suatu kerangka platform nilai yang utama pada pengurusan yang bercirikan kestabilan emosi serta menjadi lebih efesien dalam bekerja.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:personaliti; psikotisisme; estim kendiri; tempat kerja
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:2036
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Oct 2011 15:09
Last Modified:05 Oct 2011 15:09

Repository Staff Only: item control page