Jaminan kerja dan hubungannya dengan kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi

Daud, Noraishah (2011) Jaminan kerja dan hubungannya dengan kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi. In: International Conference on Ethics and Professionalism (ICEP 2010), Equatorial Hotel, Bangi -Putrajaya.

[img]
Preview
PDF
134Kb

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan jaminan kerja dengan kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi pekerja. Selain daripada itu kajian juga turut melihat sama ada terdapat perbezaan dalam pembolehubah jaminan kerja mengikut demografi. Kajian telah dijalankan di beberapa buah bank dan kilang di Batu Pahat dan Kluang, Johor dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan ke atas seramai 600 orang pekerja yang terdiri daripada 200 orang pekerja bank, 200 orang pekerja di kilang elektronik dan 200 orang lagi pekerja di kilang tekstil. Soal selidik telah digunakan untuk menyoal latarbelakang responden, jaminan kerja, kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan analisis SPSS versi 17.0. Korelasi pearson, ujian-t dan ANOVA satu hala telah digunakan untuk menganalisis data. Ujian korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara jaminan kerja dengan kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi. Hasil daripada ujian-t dan ANOVA satu hala didapati tiada perbezaan yang signifikan dalam jaminan kerja mengikut jantina. Seterusnya terdapat perbezaan dalam jaminan kerja, kepuasan kerja dan komitmen pekerja mengikut umur. Bagi jumlah pendapatan bulanan pula menunjukkan terdapat perbezaan dalam jaminan kerja, kepuasan kerja dan komitmen. Seterusnya tiada perbezaan dalam jaminan kerja mengikut pengalaman bekerja tetapi terdapat perbezaan dalam kepuasan kerja dan komitmen. Manakala bagi pekerja kolar biru dan kolar putih pula menunjukkan terdapat perbezaan dalam semua pembolehubah yang diukur. Akhir sekali pekerja bank, elektronik dan tekstil menunjukkan terdapat perbezaan dalam semua pembolehubah. Keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa jaminan kerja berhubung secara signifikan dengan kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Faculty of Electrical and Electronic Engineering > Department of Communication Engineering
ID Code:2039
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:05 Oct 2011 15:56
Last Modified:05 Oct 2011 15:56

Repository Staff Only: item control page