Kemahiran employability di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Madar, Ahmad Rizal and Abd Aziz, Malyia Afzan and Mustafa, Mohamad Zaid and Buntat, Yahya (2009) Kemahiran employability di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kerja Sosial, 24-26 Julai 2009, Hotel Everly Melaka.

[img]
Preview
PDF
629Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti elemen-elemen kemahiran "employability" yang telah diterapkan oleh tenaga pengajar kolej komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan kepentingannya bagi majikan industri di Malaysia. Sampel kajian adalah terdiri daripada tenaga pengajar kolej komuniti KPTM dan majikan industri merangkumi di zon selatan iaitu seramai270 orang. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan sampel bertujuan {purposive sampling). Kajian ini lakukan dengan menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Data-data kajian diperolehi melalui soal selidik. Dua set soal selidik yang mempunyai kandungan yang sama tetapi berlainan format disediakan. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik min dan rank digunakan untuk melaporkan data deskriptif. Statistik ujian-T tidak bersandar pula digunakan untuk menentukan perbezaan kemahiran "employability" antara persepsi majikan industri dan persepsi tenaga pengajar kolej komuniti KPTM. Hasil analisis data didapati tenaga pengajar Kolej Komuniti KPTM memberikan persetujuan bahawa mereka telah menerapkan elemen kemahiran "employability" . Hasil dari analisis juga didapati kedua-dua belah pihak iaitu tenaga pengajar Kolej Komuniti KPTM dan majikan industri bersetuju bahawa ketiga-tiga elemen kemahiran "employability" (kemahiran komunikasi, kemahiran kerja kumpulan,kemahiran ICT secara keseluruhan). ini adalah penting.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kemahiran "employability"; kolej komuniti; industri
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2042
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:05 Oct 2011 15:40
Last Modified:05 Oct 2011 15:40

Repository Staff Only: item control page