Libatsama awam terhadap prosedur EIA terperinci berhubung projek petrokimia di Pengerang Johor

Ahmad, Madya Herawati (2018) Libatsama awam terhadap prosedur EIA terperinci berhubung projek petrokimia di Pengerang Johor. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MADYA HERAWATI AHMAD.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MADYA HERAWATI AHMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MADYA HERAWATI AHMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

EIA (Environment Impact Assessment) ialah suatu kajian bagi mengenalpasti, meramal dan menghuraikan kebaikan serta keburukan sesuatu cadangan projek pembangunan. Libatsama awam dalam prosedur EIA Terperinci sewajarnya perlu lebih menyeluruh dan berkesan, ini bermaksud persetujuan majoriti daripada pihak awam berhubung sesuatu projek adalah sangat penting sebelum Laporan EIA Terperinci berkenaan diluluskan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kurang penglibatasama awam terhadap prosedur EIA Terperinci yang dijalankan oleh JAS dan memberi kesan dalam perlaksanaannya. Oleh itu, objektif pertama kajian ialah, mengkaji permasalahan komuniti di Pengerang berhubung prosedur EIA Terperinci yang dijalankan oleh JAS. Objektif kedua ialah mengenalpasti pandangan JAS terhadap prosedur dan isu penyertaan orang awam berhubung EIA Terperinci. Objektif ketiga ialah menilai pandangan persatuan bukan kerajaan yang terlibat iaitu ahli FOMCA (Federation of Malaysian Consumers Associations) dan MNS (Malaysian Nature Society) berhubung sesi dialog dalam prosedur EIA Terperinci. Objektif keempat ialah membangunkan rangka kerja libatsama awam untuk projek pembangunan di Malaysia. Seramai 379 orang komuniti di Pengerang telah terpilih sebagai responden untuk menjawab borang soal selidik. Manakala seramai 70 orang responden ahli FOMCA dan 73 orang responden MNS terpilih untuk menjawab borang soal selidik. Dan borang temubual diedarkan kepada 10 orang pegawai JAS Putrajaya dan JAS Johor Bahru. Data kualitatif dianalisis menggunakan perisian QSR Nvivo11 manakala data kuantitatif dianalisis menggunakan kaedah SPSS. Hasil kajian membuktikan prosedur EIA Terperinci khusus diperingkat penglibatasama awam akan lebih berkesan sekiranya kelima-lima elemen diadaptasi melalui rangka kerja prosedur EIA Terperinci sedia ada. Lima elemen yang mendasari rangka kerja tersebut ialah penglibatan berkesan daripada pihak awam, komunikasi berkesan daripada pihak JAS, tindakan penguatkuasaan berkesan oleh JAS, kerjasama dan sokongan padu semua pihak dan pemantauan berkesan dalam tiga fasa projek EIA Terperinci. Rangka kerja ini membantu pihak JAS menyelesaikan segala permasalahan serta konflik pihak awam dan NGO yang terlibat dalam prosedur EIA Terperinci.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD194-195 Environmental effects of industries and plants
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Construction Management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 06 Jul 2021 08:22
Last Modified: 06 Jul 2021 08:22
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/205

Actions (login required)

View Item View Item