Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar aliran vokasional

Anwar, Nurul Farahanaa (2013) Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar aliran vokasional. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NURUL FARAHANAA ANWAR.pdf

Download (465kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NURUL FARAHANAA ANWAR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (183kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NURUL FARAHANAA ANWAR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (769kB) | Request a copy

Abstract

Analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 menunjukkan penurunan pencapaian bagi Sekolah Menengah Vokasional. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini juga ingin mengenalpasti gaya pembelajaran paling dominan yang diamalkan oleh pelajar serta melihat perbezaan gaya pembelajaran dengan jantina pelajar. Seramai 131 orang Pelajar Tingkatan Empat Kursus Vokasional Di Sekolah Menengah Vokasional Segamat di Johor telah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik Index of Learning Style (ILS) yang dibangunkan oleh Felder dan Silverman (1991) yang mengandungi 44 soalan telah digunakan untukh menjalankan kajian ini. Gaya pembelajaran pelajar dapat dilihat melalui empat dimensi gaya pembelajaran yang terdiri dari dua sub-skala yang bertentangan iaitu dimensi pelajar Aktif dan Reflektif, dimensi pelajar Konkrit dan Intuitif, dimensi pelajar Verbal dan Visual, serta dimensi pelajar Tersusun dan Global. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for WINDOW release 20.0 (SPSS.20.0). Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data dalam mengkaji hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Nilai pekali p yang diperolehi di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar adalah (p=0.1 hingga 0.4). Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara dua pembolehubah tersebut. Kajian ini juga mendapati bahawa gaya pembelajaran yang menjadi amalan pelajar ialah gaya pembelajaran Tersusun. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan jantina pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1037-1037.8 Career education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 31 Oct 2021 01:32
Last Modified: 31 Oct 2021 01:32
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2052

Actions (login required)

View Item View Item