Kerangka penelitian kesetaraan antara bidang kemahiran dan bidang akademik bagi proses APEL

Saparwan, Norfaezah (2015) Kerangka penelitian kesetaraan antara bidang kemahiran dan bidang akademik bagi proses APEL. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text (24 pages)
NORFAEZAH BINTI SAPARWAN 24 .pdf

Download (993kB) | Preview

Abstract

Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada pembelajaran dan pengalaman terdahulu yang memberi nilai taraf seseorang individu melalui proses penilaian kesetaraan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan membangunkan deskripsi setiap tahap kelayakan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang boleh dicadangkan untuk digunakan bagi penelitian kesetaraan antara bidang kemahiran dengan bidang akademik bagi proses APEL serta mereka bentuk kerangka penelitian kesetaraan antara bidang kemahiran dengan bidang akademik melalui sistem APEL. Melalui penilaian kesetaraan ini dapat memudahkan laluan individu dari bidang kemahiran bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang akademik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang mana ia melibatkan kaedah penerokaan melalui instrumen dokumen analisis, temu bual serta kaedah tinjauan deskriptif melalui instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 54 orang responden yang terdiri daripada beberapa buah institusi iaitu UTHM, ADTEC, KKTM dan IKBN terlibat sebagai responden kajian untuk menjawab borang soal selidik dan seramai tiga orang responden telah ditemu bual bagi mengukuhkan hasil dapatan kajian. Data yang dikumpulkan kemudiannya di analisis menggunakan perisian Statistik Package for Social Science 20.0 (SPSS 20.0). Dapatan kajian mendapati kesemua item yang menghuraikan deskripsi setiap tahap kelayakan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia yang dicadangkan dalam kajian ini sangat sesuai bagi menghuraikan hasil pembelajaran bagi setiap tahap mengikut domain pengetahuan, kemahiran dan keterampilan. Sebuah kerangka penilaian kesetaraan telah dihasilkan dengan berbantukan maklum balas responden dan sintesis dapatan kajian. Kerangka tersebut melibatkan penilaian kesetaraan antara modul kemahiran dan kursus akademik di pengajian tinggi berdasarkan (indikator) dua elemen iaitu (i) tahap dan kandungan berdasarkan kepada hasil pembelajaran. Kata kunci : Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL), Penilaian kesetaraan, Tahap kelayakan, Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi
Date Deposited: 03 Feb 2022 01:46
Last Modified: 03 Feb 2022 01:46
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2076

Actions (login required)

View Item View Item