Beban tugas guru mempengaruhi penggunaan sumber teknologi pendidikan di empat buah Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Johor

Zakariah, Siti Hajar (2013) Beban tugas guru mempengaruhi penggunaan sumber teknologi pendidikan di empat buah Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Johor. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SITI HAJAR ZAKARIAH.pdf

Download (325kB) | Preview
[img] Text (Full Text)
SITI HAJAR ZAKARIAH WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (604kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini mengkaji beban tugas guru mempengaruhi penggunaan sumber teknologi pendidikan di empat buah sekolah menengah teknik dan vokasional di Johor. Seterusnya, kajian ini mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru disamping tahap penggunaan guru kepada sumber teknologi pendidikan dalam pengajaran serta hubungan antara dua pembolehubah tersebut. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif yang melibatkan 165 orang guru dari empat buah Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Johor Bahru iaitu Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik (Perdagangan) Johor Bahru, Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru dan Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah, Johor Bahru dengan menggunakan instrumen soal selidik. Penyelidik menjangkakan bahawa terdapat hubungan antara beban tugas dengan penggunaan sumber teknologi pendidikan. Penyelidik menggunakan perisian SPSS versi 16.0 untuk mengukur beban tugas guru, halangan penggunaan sumber teknologi pendidikan dan hubungan beban tugas dengan penggunaan sumber teknologi pendidikan. Kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat, Johor kepada 30 orang guru dengan nilai kebolehpercayaan soal selidik iaitu α 0.876. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara beban tugas dan penggunaan sumber teknologi pendidikan. Kajian lanjutan perlu dilakukan bagi mendapatkan data yang menyeluruh mencadangkan agar pihak berwajib boleh mengambil tindakan Kata kunci: Beban tugas akademik, Beban tugas bukan akademik, Penggunaan sumber teknologi pendidikan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 31 Oct 2021 03:14
Last Modified: 31 Oct 2021 03:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2124

Actions (login required)

View Item View Item