Kesedaran teknologi hijau dalam kalangan warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Johar, Siti Rohani (2013) Kesedaran teknologi hijau dalam kalangan warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SITI ROHANI JOHAR.pdf

Download (570kB) | Preview
[img] Text (Full Text)
SITI ROHANI JOHAR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (23MB) | Request a copy

Abstract

Kesedaran terhadap teknologi hijau di Malaysia perlu diterapkan dalam kalangan generasi muda khususnya dalam kalangan warga kampus institusi pendidikan tinggi. Kesedaran terhadap teknologi hijau dalam membantu mengurangkan kesan rantaian pencemaran alam seperti fenomena pemanasan global, kekurangan sumber air bersih dan seumpamanya. Kajian deskriptif kuantitatif berbentuk kajian kes institusi ini meninjau tahap kesedaran terhadap teknologi hijau dalam kalangan warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 385 responden (1.93 peratus) dari keseluruhan populasi UTHM terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri dari kelompok pengurusan (67 orang, 17 peratus), tenaga pengajar (40 orang, 11 peratus) dan pelajar (278 orang, 72 peratus) dari kesemua enam fakulti yang terlibat telah berjaya dikutip menggunakan soal selidik berskala Likert lima peringkat berhiraki. Tahap kesedaran diukur menerusi petunjuk tahap pengetahuan dan tahap amalan, ujian hipotesis juga dilakukan untuk melihat kewujudan perbezaan tahap kesedaran antara tahap pengetahuan dan tahap amalan ketiga-tiga kelompok responden yang dikaji. Analisis data pada peringkat deskriptif menggunakan peratus dan min, manakala analisis inferensi menguji hipotesis menggunakan analisis anova sehala. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan bagi pihak pengurusan adalah tinggi (min = 3.62), tenaga pengajar adalah sederhana (min = 3.25) dan bagi pelajar adalah sederhana (min = 3.27). Manakala tahap amalan bagi pihak pengurusan adalah tinggi (min = 3.94), tenaga pengajar adalah tinggi (min = 3.72) dan bagi pelajar adalah tinggi (min = 3.78). Manakala ujian hipotesis menggunakan anova sehala pada tahap signifikan α = 0.05, telah menolak H Null apabila nilai F = 4.894 lebih besar dari nilai signifikan F = 0.08, menunjukkan bahawa wujud perbezaan signifikan antara tahap pengetahuan dan tahap amalan ketiga-tiga kelompok responden yang dikaji. Kajian ini merumuskan bahawa tahap kesedaran dari aspek pengetahuan dan amalan berada pada tahap sederhana. Justeru, kajian ini menyarankan usaha mempertingkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap teknologi hijau di kampus UTHM dalam usaha memelihara alam sekitar

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 31 Oct 2021 03:14
Last Modified: 31 Oct 2021 03:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2131

Actions (login required)

View Item View Item