Isu-isu terpilih dalam sejarah politik dan perjuangan

Saat, Ishak and Abdullah, Mohd Akbal (2010) Isu-isu terpilih dalam sejarah politik dan perjuangan. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-5457-17-3

[img]
Preview
PDF - Published Version
577Kb

Official URL: http://penerbit.uthm.edu.my/katalog/katalog-2010.h...

Abstract

Buku Sumbangsih buat Profesor Madya Dr Mohd. Isa Othman, mengandungi isu-isu terpilih berkaitan dengan sejarah politik dan perundangan. Pengkhususan kepada perkembangan politik Tanah Melayu sejak zaman tradisi dan kesultanan, kemudian zaman penjajahan dan seterusnya zaman pasca merdeka. Artikel berkaitan dengan isu-isu terpilih ini bersesuaian dengan bidang kepakaran tokoh yang dipaparkan dan sumbangannya harus dihargai. Beliau merupakan seorang sejarawan yang optimis dan realistik dalam membicarakan aspek politik negara dari era Tanah Melayu, kemudian Malaya dan seterusnya Malaysia. Penulisannya sering menjadi bacaan dan rujukan para ilmuan. Hatta beliau sering dijemput oleh sekolah-sekolah menengah, pusat-pusat pengajian tinggi, Persatuan Sejarah Malaysia dan Arkib Negara Malaysia untuk memberikan pandangan tentang perkembangan sejarah Malaysia. Beliau sering berpandangan, setiap rakyat Malaysia mesti mempelajari dan mengetahui perkembangan sejarah Malaysia agar ia menjadi pengajaran dan panduan dalam pembentukan negara. Malah beliau selalu menegaskan bahawa tanpa pengetahuan sejarah maka manusia akan seringkali melakukan kesilapan yang serupa. Hal yang demikian ini, akan merugikan bukan sahaja individu dan masyarakat tetapi negara turut terjejas sekiranya masyarakat tidak menjadikan sejarah sebagai pengajaran dan sempadan. Beliau terlibat dalam penyebaran ilmu sejarah dan penulisan sejarah melebihi 30 tahun. Keilmuannya seharusnya ditimba dan pelajari agar ilmu sejarah terus berkembang dan sentiasa dibicarakan. Maka, nantinya masyarakat akan sedar dan faham tentang kepentingan sejarah yang seharusnya sentiasa menjadi panduan dalam pembentukan negara bangsa. Malah ilmu sejarah mesti difahami oleh seluruh masyarakat sesuai dengan ungkapan kuno sejarah, iaitu Sejarah Mengajar Erti Kedewasaan atau Sejarah Sebagai Pengajaran. Buku ini mengajak pembaca meneliti isu-isu terpilih tentang aspek politik, perundangan dan perkembangan sejarah yang dilalui oleh Malaysia. Seharusnya buku ini dibaca oleh guru-guru, siswa dan siswi di pusat pengajian tinggi, dan juga bakal guru yang sedang menuntut ilmu perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia serta mereka yang berminat dan mengkaji tentang sejarah Malaysia agar ilmu dan perkembangan sejarah Malaysia diajar secara jelas dan tepat sesuai dengan konsep sejarah iaitu “Sebagaimana Ianya Berlaku”.

Item Type:Book
Subjects:D History General and Old World > D History (General)
L Education > LA History of education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2162
Deposited By:Nurhafiza Hamzah
Deposited On:07 May 2012 08:58
Last Modified:07 May 2012 08:58

Repository Staff Only: item control page