Isu-isu terpilih sejarah alam melayu

Saat, Ishak and Jusoh, Adnan (2011) Isu-isu terpilih sejarah alam melayu. Penerbit UTHM. ISBN 978-967-5457-57-9

[img]
Preview
PDF - Published Version
178Kb

Official URL: http://penerbit.uthm.edu.my/index.php

Abstract

Buku sejarah tentang Isu-isu Terpilih Dalam Alam Melayu, Sumbangsih kepada Profesor Madya Dr Haji Ahmad Jelani bin Halimi disusun dan digarapkan bagi mengenang jasa dan sumbangan tokoh ini dalam perkembangan bidang sejarah Malaysia. Beliau sudah berkecimpung dalam pendidikan khususnya dalam bidang sejarah melebihi 30 tahun telah banyak menghasilkan buku ilmiah dan juga melahirkan graduan sejarah yang bertebaran di serata dunia Melayu. Dalam buku ini pelbagai tema dan persoalan yang berkisar tentang Sejarah Alam Melayu dikumpulkan agar menjadi sebuah catatan sejarah bangsa Melayu. Melalui buku ini pelbagai persoalan bangsa Melayu diutarakan agar dapat dijadikan teladan dan pengajaran kepada orang Melayu. Sesuai dengan ciri sejarah yang mengandungi unsur-unsur pengajaran dan teladan. Dengan mengutarakan tema sejarah tradisi bangsa Melayu sehinggalah kepada isu dan persoalan kontemporari atau semasa, khususnya yang membicarakan tentang alam Melayu. Dewasa ini persoalan bangsa Melayu mula menjadi bualan hangat dan juga sejarah bangsa Melayu mula ditafsirkan mengikut aliran tertentu sehingga membuatkan pelbagai pihak mula mempersoalkan tentang isu-isu sensitif bangsa Melayu seperti Ketuanan Melayu, hak istimewa bangsa Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan agama Islam dan pelbagai lagi persoalan yang dirumitkan serta dikaburkan. Maka buku ini dihasilkan bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut agar masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum atau masyarakat majmuk mengetahui dan memahami sejarah alam Melayu yang bersifat sejagat. Bangsa Melayu yang dilihat sebagai sebuah bangsa kecil sedangkan bangsa Melayu sepatutnya dilihat dari sudut Nusantara bukan Tanah Melayu semata-mata. Sesuai dengan konsep Son of The Soil iaitu peribumi asal bangsa Melayu ialah di alam Melayu yang merangkumi Kepulauan Melayu atau Nusantara

Item Type:Book
Subjects:D History General and Old World > D History (General) > D051 Ancient History
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2166
Deposited By:Nurhafiza Hamzah
Deposited On:28 Mar 2012 08:41
Last Modified:28 Mar 2012 08:41

Repository Staff Only: item control page