Membangun kemahiran generik menerusi persatuan dan kelab di politeknik Malaysia

Esa, Ahmad and Md Yunos, Jailani and Kaprawi, Noraini (2005) Membangun kemahiran generik menerusi persatuan dan kelab di politeknik Malaysia. Jurnal Personia Pelajar (9). pp. 59-76.

[img]
Preview
PDF
100Kb

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti pembangunan kemahiran generik di kalangan pelajar di politeknik menerusi kegiatan persatuan dan kelab. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif yang melibatkan pensyarah dan pelajar di enam buah politeknik di Malaysia. Instrumen yang digunakan ialah Borang Soal Selidik Kemahiran Generik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Data-data yang telah diperoleh, dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan menerusi kegiatan persatuan dan kelab pelajar bukan sahaja mendapat faedah daripada segi bersosialisasi tetapi pelajar turut menerima beberapa kemahiran generik seperti kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah, membuat keputusan, kepimpinan, pengurusan, interpersonal dan bekerja dalam kumpulan. Hasil kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa kegiatan persatuan dan kelab di kalangan pelajar aliran teknik adalah penting kerana turut menyumbang kepada pembangunan kemahiran generik yang dapat mereka aplikasikan apabila menceburi alam pekerjaan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran generik; persatuan; kelab; politeknik
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2176
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:09 Dec 2011 17:41
Last Modified:09 Dec 2011 17:41

Repository Staff Only: item control page