Peranan kokurikulum dalam pembangunan kemahiran generik

Esa, Ahmad and Md Yunos, Jailani and Kaprawi, Noraini (2004) Peranan kokurikulum dalam pembangunan kemahiran generik. Jurnal Sains Sosial , 2 (1). pp. 81-94. ISSN 1823-2671

[img]
Preview
PDF
76Kb

Abstract

Dalam sistem pendidikan Malaysia dan global, kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum. Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua sistem yang menjana tenaga sumber manusia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kokurikulum ada peranan dan pengaruh sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan individu. Namun begitu, daripada segi keseimbangan kepentingan, kerap terjadi peranan dan kepentingan kokurikulum di ke sampingkan sama ada secara disengajakan atau tidak disengajakan. Walhal peranan dan kepentingan kokurikulum mencakupi kasad yang cukup luas. Antaranya ialah membina negara menerusi pemupukan integrasi nasional di kalangan pelajar, membantu perkembangan hidup masyarakat dan pembentukan pembangunan diri individu melalui pelbagai kemahiran yang terkandung dalam proses pengajaran dan pembelajaran kokurikulum itu sendiri. Justeru itu, arah tuju penulisan ini, berusaha untuk merungkai hubungan antara kokurikulum dengan kemahiran generik melalui analisis deskriptif berdasarkan penulisan dan penyelidikan disiplin kokurikulum dan kemahiran generik yang terdahulu. Adalah diyakini kokurikulum mempunyai pertalian yang rapat dengan pembentukan kemahiran generik di kalangan pelajar. Oleh itu, sewajarnyalah kokurikulum diletakkan di tempat yang ‘hak’ dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran generik; kokurikulum
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2178
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:09 Dec 2011 18:00
Last Modified:06 Jun 2013 11:03

Repository Staff Only: item control page