Kebolehpercayaan inventori kemahiran generik

Esa, Ahmad and Md Yunos, Jailani and Kaprawi, Noraini (2005) Kebolehpercayaan inventori kemahiran generik. Jurnal Sains Sosial , 3 (1). pp. 41-57. ISSN 1823-2671

[img]
Preview
PDF
122Kb

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk melaporkan prosedur untuk mendapatkan kebolehpercayaan inventori yang dinamakan, ‘Soal selidik kemahiran generik,’ bagi tujuan mengukur jenis-jenis kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak industri berorientasikan eksport di Malaysia. Inventori tersebut digunakan sebagai instrumen dalam menjalankan penyelidikan peringkat ijazah doktor falsafah yang bertajuk, ‘Penerapan Kemahiran Generik Menerusi Kegiatan Kokurikulum Di Politeknik Bagi Memenuhi Kehendak Industri.’ Kajian rintis telah dijalankan terhadap 50 orang wakil pengurusan pihak industri berorientasikan eksport untuk mendapatkan kebolehpercayaan inventori tersebut. Pemilihan Sampel dilakukan secara random daripada senarai industri berorientasikan eksport yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE (2003). Pengumpulan soal selidik dilakukan sendiri oleh penyelidik dengan mengedarkan dan memungutnya secara terus daripada pihak industri. Prosedur kebolehpercayaan yang digunakan ialah Reliability Analysis –Scale Alpa untuk mendapatkan nilai Alfa Cronbach dan nilai korelasi antara item dengan menggunakan program SPSS ( versi 11.5).Keputusan petunjuk kesahan adalah tinggi iaitu kesemua item mempunyai nilai korelasi antara item melebihi 0.30 dan nilai alfa kebolehpercayaan yang amat baik iaitu 0.9748.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:inventori; kemahiran generik
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2179
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:12 Dec 2011 09:25
Last Modified:12 Dec 2011 09:25

Repository Staff Only: item control page