Pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam Subjek Matematik Kejuruteraan 1 untuk sampel Sarjana Muda Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar di UTHM

Ahmad, Noor’ani and Abd Hamid , Nor Rahmah and Amir Hamzah, Nor Shamsidah (2008) Pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam Subjek Matematik Kejuruteraan 1 untuk sampel Sarjana Muda Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar di UTHM. In: Seminar Kebangsaan Matematik dan Masyarakat 2008, 13-14 Februari 2008, Kuala Terengganu .

[img]
Preview
PDF
253Kb

Abstract

Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh pendidik adalah pelbagai mengikut kesesuaian pendidik, pelajar dan persekitaran. Pembelajaran berasaskan masalah (PBM) merupakan satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar yang mana pelajar diberikan satu masalah untuk diselesaikan secara berkumpulan dengan mempelbagaikan pencarian maklumat. Kaedah PBM ini diharap dapat mempertingkatkan kemahiran insaniah pelajar kerana ia melibatkan antaranya elemen kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis, menyelesaikan masalah dan kerja berkumpulan. Kertas kerja ini membincangkan rangka kerja pelaksanaan kaedah PBM seperti dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah dijalankan ke atas pelajar Matematik Kejuruteraan 1 Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan prosedur penilaian yang diguna pakai. Hasil kajian telah mendapati terdapat beberapa perkara terutamanya dari segi pelaksanaan dan penilaian kaedah PBM ini yang perlu diteliti dan diperbaiki supaya pendekatan kaedah ini lebih berkesan apabila digunakan pada masa akan datang. Selain dari itu, pensyarah juga perlu memahami tugas sebagai seorang fasilitator dan memantau pelajar supaya proses pembelajaran berlaku.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pembelajaran berasaskan masalah; pembelajarankendiri
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Science and Mathematics
ID Code:2233
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:28 Mar 2012 15:48
Last Modified:28 Mar 2012 15:48

Repository Staff Only: item control page