Pengaruh subjek pertanian dalam membina minat pelajar terhadap kerjaya dalam bidang pertanian : kajian kes di sekolah menengah teknik

Abdul Razzaq, Abdul Rashid and Rodzi, Nurul Ikhwan and Esa, Ahmad and Hashim, Jamaluddin and Mustafa, Mohamad Zaid (2009) Pengaruh subjek pertanian dalam membina minat pelajar terhadap kerjaya dalam bidang pertanian : kajian kes di sekolah menengah teknik. In: Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional Kali Ke 3, 9-10 Disember 2009, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]PDF
56Kb

Abstract

Pertanian merupakan antara sektor yang terpenting dalam menghasilkan sumber makanan bagi sesebuah negara. Sumber modal insan yang mahir dan berpengetahuan dalam bidang pertanian amat diperlukan oleh negara dalam usaha untuk memajukan dan meningkatkan hasil keluaran dalam sektor pertanian. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauhmana pengaruh mata pelajaran Sains Pertanian dapat membina minat pelajar terhadap bidang pertanian seterusnya menjadikan sektor pertanian sebagai satu peluang kerjaya. Kajian deskriptif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian ini adalah seramai 97 orang pelajar dari dua buah sekolah iaitu dari Sekolah Menengah Teknik Dato’ Lela Maharaja dan Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru yang terdiri daripada pelajar jurusan Sains Pertanian. Kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan skor min, peratus dan tahap berdasarkan skor min. Hasil kajian yang diperoleh bagi pelaksanaan subjek pertanian di sekolah dalam membina minat pelajar adalah sederhana (2.88), manakala bagi tahap pendedahan yang diberikan oleh guru kepada pelajar dalam aktiviti pertanian adalah sederhana (2.25) seterusnya impak yang terhasil pembelajaran subjek pertanian di kalangan pelajar adalah tinggi (3.04).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pertanian; minat pelajar; kerjaya
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB0001 General
S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2268
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:28 Jun 2012 15:25
Last Modified:28 Jun 2012 15:25

Repository Staff Only: item control page