Isu-isu penguatkuasaan terhadap penilaian kesan ke atas alam sekeliling (EIA) bagi projek perumahan di kawasan lereng bukit, kajian kes: Negeri Selangor Darul Ehsan

Ahmad, Madya Herawati (2012) Isu-isu penguatkuasaan terhadap penilaian kesan ke atas alam sekeliling (EIA) bagi projek perumahan di kawasan lereng bukit, kajian kes: Negeri Selangor Darul Ehsan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MADYA HERAWATI AHMAD.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Tindakan kurang penguatkuasaan oleh pihak penguatkuasa JAS dalam memantau projek perumahan di lereng bukit telah mengakibatkan berlakunya runtuhan sehingga mengorbankan banyak nyawa dan kemusnahan harta benda. Objektif kajian adalah (i) mengkaji kaedah perlaksanaan penguatkuasaan EIA serta permasalahannya; (ii) mengkaji masalah dan persepsi pemaju perumahan terhadap isu penguatkuasaan EIA; (iii) membentuk model penguatkuasaan yang berkesan dalam menangani isu penguatkuasaan EIA. Skop kajian ini tertumpu pada perumahan yang terletak di atas kecerunan Kelas II dan Kelas III negeri Selangor. Perumahan tersebut terletak di empat kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Pebandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Responden adalah terdiri daripada 52 orang pihak pemaju yang pernah terlibat dalam projek perumahan yang berisiko di negeri Selangor dan 16 orang pihak penguatkuasa JAS unit EIA iaitu JAS Kuala Lumpur, JAS Shah Alam, JAS Gombak dan JAS Putrajaya. Metodologi kajian ini terdiri daripada kaedah perpustakaan, temubual dan soal selidik. Hasil analisis Nvivo menunjukan bahawa lima elemen dalam penguatkuasaan perlu dilaksanakan oleh JAS, antara elemen tersebut adalah sokongan padu daripada semua pihak, kaedah pemantauan efektif, kaedah kepakaran teknikal, ketelusan semua pihak serta etika dan sikap profesional. Hasil analisis ujian korelasi Spearman’s Rho menunjukan permasalahan pihak pemaju adalah signifikan pada elemen sokongan padu daripada semua pihak, kaedah pemantauan efektif serta etika dan sikap profesional iaitu pada aras 0.05 dan 0.01 (dengan nilai p masing-masing 0.037, 0.010 dan 0.013) . Manakala persepsi pihak pemaju adalah signifikan pada elemen sokongan padu semua pihak, kaedah kepakaran teknikal, ketelusan semua pihak serta etika dan sikap profesional iaitu pada aras 0.05 dan 0.01 (dengan nilai p masing-masing 0.017 dan 0.009). Dapat disimpulkan bahawa lima elemen model penguatkuasaan berkesan wajar menjadi mekanisma penting berhubung penyelesaian kepada isu penguatkuasaan EIA bagi mencapai pembangunan lestari di Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD194-195 Environmental effects of industries and plants
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 03 Feb 2022 01:48
Last Modified: 03 Feb 2022 01:48
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2273

Actions (login required)

View Item View Item