Sikap pensyarah terhadap penggunaan bBackboard 6 dalam proses pengajaran dan pembelajaran di UTHM

Ab Rahman, Azmanirah and Muhammad Hanafi, Nurfirdawati (2008) Sikap pensyarah terhadap penggunaan bBackboard 6 dalam proses pengajaran dan pembelajaran di UTHM. In: Seminar Kebangsaan Jawatakuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG 2008), 13-15 December 2008, Bayview Hotel, Langkawi, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
47Kb

Abstract

Penggunaan sistem Pengurusan Pembelajaran(Learning Management System-LMS) di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia telah mula berkembang dan dijadikan sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran. Blackboard 6 merupakan salah satu sistem pengurusan pembelajaran yang digunakan di Malaysia. Berdasarkan kepada tinjauan awal di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) didapati penggunaan LMS ini masih berada pada tahap rendah. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti sikap pensyarah terhadap penggunaan LMS ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berdasarkan komponen afektif, kognitif dan tingkah laku, tahap kecenderungan dan juga kekangan yang mempengaruhi pensyarah dalam menggunakan Blackboard 6. Seramai 120 orang pensyarah dari enam fakulti dan dua pusat sokongan telah dipilih sebagai responden. Dengan menggunakan kaedah tinjauan, borang soal selidik digunakan bagi mengumpulkan data. Borang dianalisis dengan menggunakan SPSS. Dapatan menunjukkan pensyarah yang menggunakan Blackboard 6 dalam P&P menunjukkan sikap yang positif manakala bagi yang tidak menggunakan Blackboard 6 sikap dan kecenderungan adalah sederhana. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kekangan pensyarah tidak menggunakan Blackboard 6 dalamP&P ialah kerana minat, masalah teknikal dan penerimaan pensyarah itu sendiri.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Blackboard 6; afektif; kognitif; tingkahlaku
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2275
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:30 Jan 2012 14:54
Last Modified:30 Jan 2012 14:54

Repository Staff Only: item control page