Amalan membuat keputusan dalam kalangan guru besar

Mohamad, Baharom and Hashim, Jamaluddin and Esa, Ahmad and Hassan, Rafiza (2008) Amalan membuat keputusan dalam kalangan guru besar. In: Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG 2008), 13-15 December 2008, Bayview Hotel, Langkawi, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
103Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti amalan membuat keputusan dalam kalangan guru besar. Secara khususnya kajian ini dapat melihat aspek membuat keputusan yang terdiri dari empat aspek utama iaitu keadaan emosi, kesediaan mengambil risiko, penerimaan kritikan dan faktor-faktor membuat keputusan. Kajian dilakukan di sekolah rendah di negeri Johor. Seramai 60 orang responden yang terdiri dari guru besar yang dipilih secara persampelan bertujuan bagi menjawab soal selidik dalam kajian ini. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah jenis tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Kajian mendapati amalan membuat keputusan mencatatkan skor min keseluruhan yang tinggi (min = 4.55, sp = 0.262). Dapatan kajian turut mendapati keadaan emosi mencatatkan (min = 4.57, sp = 0.35). Kesediaan mengambil risiko mencatatkan (min = 4.56, sp = 0.351 ), penerimaan kritikan mencatatkan (min = 4.57, sp = 0.315), faktor-faktor membuat keputusan mencatatkan (min = 4.53, sp = 0.468). Ini menunjukkan guru besar menguasai tahap yang tinggi ketika membuat keputusan. Manakala Ujian ANOVA Sehala pula mencatatkan F kiraan keseluruhan F (5,54) = 1.003. F kiraan bagi keadaan emosi F (5,54) = 1.364, kesediaan mengambil risiko F (5,54) = 0.685, penerimaan kritikan mencatatkan F (5,54) = 0.789 dan faktor-faktor membuat keputusan mencatatkan F(5,54) = 1.165. F kritikal pula mencatatkan F (5,54) = 2.45. Kajian turut mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara amalan membuat keputusan dari segi pengalaman. Kesimpulannya didapati bahawa amalan membuat keputusan mencatatkan penguasaan yang tinggi dalam guru besar

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:keputusan; guru besar
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2801 School administration and organization
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2276
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:26 Jan 2012 10:01
Last Modified:26 Jan 2012 10:01

Repository Staff Only: item control page