Kesediaan guru teknikal menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal dalam Bahasa Inggeris

Misdi, Masita and Abd Aziz , Wan Norhani and Abdul Razzaq, Abdul Rashid and Hashim , Jamaluddin and Baba, Mohamad Ali (2008) Kesediaan guru teknikal menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal dalam Bahasa Inggeris. In: Seminar Kebangsaan Jawatakuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG 2008), 13-15 December 2008, Bayview Hotel, Langkawi, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
60Kb

Abstract

Kementerian Pelajaran telah melaksanakan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran teknikal mulai tahun 2006 dan pelaksanaan penuh pada tahun 2008. Persoalannya di sini ialah, adakah guru teknikal cukup bersedia dalam menghadapi perubahan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Kajian mengenai kesediaan guru teknikal menjalankan proses pengajian dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris ini diadakan bagi menjawab persoalan ini. Kajian ini melibatkan 36 respoden di empat buah sekolah menengah teknik (SMT) iaitu SMT Kuala Lumpur, SMT Setapak, SMT Gombak dan SMT Shah Alam. Tiga elemen utama yang dikaji iaitu kemahiran penulisan, kemahiran lisan dan persediaan diri dalam memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Hasil analisis data menunjukkan tahap yang sederhana pada kemahiran lisan (min=3.23), kemahiran penulisan (min=3.60) dan persedian diri (min=3.33) dalam memperkukuhkan penggunaan Bahasa Inggeris. Hasil kajian ini mendapati bahawa guru teknikal masih belum bersedia sepenuhnya untuk mengajar mata pelajaran teknikal dalam Bahasa Inggeris kerana mereka masih tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran asas berbahasa Inggeris seperti bertutur, menulis dan membaca.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2279
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:30 Jan 2012 16:48
Last Modified:30 Jan 2012 16:48

Repository Staff Only: item control page