Tingkah laku asertif dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah universiti

Ibrahim, Badaruddin and Lian, Siew Ting and Mohd Salleh, Kahirol and Sulaiman , Nor Lisa and Mustafa , Mohamad Zaid (2008) Tingkah laku asertif dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah universiti. In: The 6th International Malaysian Studies Conference (MSC6), 5-7 August 2008, Kuching, Sarawak.

[img]
Preview
PDF
84Kb

Abstract

Profesion perguruan dalam institusi pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan tenaga kerja yang baik. Aspek kemahiran interpersonal menjadi satu kepentingan agar pendidik lebih memahami keperluan sosial dalam pendidikan. Dengan itu, kajian berhubung tingkah laku asertif dan kepuasan kerja ini amat penting kerana pelbagai isu tentang tekanan kerja dan ketidak puasan kerja timbul dewasa ini yang bakal memberi kesan negatif kepada sektor pendidikan. Sehubungan itu kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana tahap tingkah laku asertif dan tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta mengkaji hubungan tingkah laku asertif dengan kepuasan kerja pensyarah di UTHM. Sampel kajian terdiri daripada 217 orang pensyarah di UTHM yang diambil secara rawak dari enam buah fakulti. Segala maklumat diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan perisian komputer (Statistical Package For Social Science Version 11.0) SPSS dengan berdasarkan skor min. Hasil kajian ini mendapati tahap tingkah laku asertif pensyarah di UTHM berada pada tahap tinggi. Sementara tahap kepuasan kerja pensyarah berada pada tahap memuaskan. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, diharapkan pihak yang terlibat dapat mengambil langkahlangkah yang terbaik untuk meningkatkan tahap tingkah laku asertif dan kepuasan kerja pensyarah di UTHM.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2290
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:31 Jan 2012 11:44
Last Modified:31 Jan 2012 11:44

Repository Staff Only: item control page