Kesesuaian kerjaya dalam bidang keguruan dengan big-five personality bagi pelajar Pendidikan Teknikal di Malaysia

Mohd Salleh, Kahirol and Rosli, Nurhasliza and Sulaiman, Nor Lisa and Ibrahim, Badaruddin and Mustafa, Mohamad Zaid (2008) Kesesuaian kerjaya dalam bidang keguruan dengan big-five personality bagi pelajar Pendidikan Teknikal di Malaysia. In: The 6th International Malaysian Studies Conference (MSC6), 5-7 August 2008, Kuching, Sarawak.

[img]
Preview
PDF
83Kb

Abstract

Peningkatan kualiti pendidikan bertaraf dunia menjadi salah satu agenda yang penting bagi menjadikan sektor ini, sesuatu yang menguntungkan Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dimensi personaliti yang bersesuaian dengan pemilihan kerjaya dalam bidang keguruan bagi pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dimensi tersebut yang dikenali sebagai big five-personality terdiri daripada dimensi openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness dan neuroticism. Perbezaan dari segi jantina dalam pemilihan profesion ini juga dikenalpasti. Metodologi kajian yang digunakan adalah penyelidikan deskriptif dengan menggunakan teknik soal selidik bagi memperoleh data berbentuk kuantitatif. Dengan menggunakan perisian SPSS, skor min dan peratusan kekerapan diperihalkan. Bagi mendapatkan hubungan antara dimensi personaliti dengan pemilihan kerjaya dalam bidang keguruan, korelasi Pearson digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujudnya dimensi personaliti yang dikaji dalam diri responden dengan skor min purata adalah pada tahap tinggi. Terdapat hubungan di antara kelima-lima dimensi personaliti dengan bidang keguruan dimana empat daripada lima dimensi personaliti tersebut mempunyai hubungan yang positif dengan pemilihan kerjaya keguruan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2294
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:14 Feb 2012 17:18
Last Modified:14 Feb 2012 17:18

Repository Staff Only: item control page