Perlaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (PBL dan POPBL) bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar

Othman, Hussain and Mohd Salleh, Berhannudin and Syed Abdullah, Syed Muhammad Dawilah al-Edrus and Sulaiman , Abdullah (2008) Perlaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (PBL dan POPBL) bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar. In: Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18-19 Ogos, 2008, Hotel Mahkota, Melaka.

[img]
Preview
PDF
223Kb

Abstract

Kualiti graduan yang dikeluarkan oleh universiti tempatan semakin diperkatakan termasuklah berkaitan persoalan kebolehpasaran mereka di pasaran kerja serta kebolehan menguasai kemahiran-kemahiran asas insaniah. Mereka dikatakan tidak mampu untuk menunjukkan kebolehan-kebolehan yang amat diperlukan oleh sektor pekerjaan mahupun menguasai tahap kemahiran sosial dan akhlak yang berkesan dalam masyarakat. Beberapa faktor dikatakan menjadi penyebab kepada keadaan ini termasuklah keterlaluan penumpuan diberikan kepada sistem peperiksaan bertulis dan proses pembelajaran pasif berpusatkan pensyarah. Kedua-dua faktor ini menyebabkan para siswazah tidak dapat menguasai ilmu dalam konteks yang bermakna kerana proses pembelajaran yang mereka lalui pada peringkat sekolah sehinggalah ke universiti adalah berbentuk “rote learning” atau pembelajaran yang menekankan kepada kebolehan daya ingatan melebihi daripada kebolehan daya berfikir dan bertindak. Bagi memperbaiki keadaan itu para pensyarah di Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah melaksanakan kaedah PBL (Problem Based Learning - Pembelajaran Berasaskan Masalah) dan POPBL (Project Oriented Problem Based Learning - Pembelajaran Berasaskan Masalah Berorientasikan Projek) dalam proses pengajaran subjek-subjek kemanusiaan kepada pelajar teknikal dan kejuruteraan. Para pelajar bukan sahaja didedahkan kepada kaedah pembelajaran yang aktif dan berpusatkan pelajar bahkan juga didedahkan dengan pengalaman sebenar dalam masyarakat termasuklah membantu para mangsa banjir di Johor sewaktu banjir besar akhir tahun 2006 dan awal 2007. Kajian dan pemerhatian yang dijalankan terhadap perlaksanaan kaedah-kaedah ini menunjukkan bahawa para pelajar telah menguasai banyak di antara kemahiran-kemahiran insaniah yang amat diperlukan oleh mereka bagi menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan selepas tamat belajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pembelajaran; kemahiran; PBL; POPBL
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
Divisions:Faculty of Science, Technology and Human Development > Department of Humanities
ID Code:2312
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:31 Jan 2012 11:56
Last Modified:31 Jan 2012 11:56

Repository Staff Only: item control page