Penerapan kemahiran insaniah (KI) kepada pelajar dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran di IPTA

Kamsah, Mohd Zaki and Abu, Mohd Salleh and Razzaly, Wahid (2008) Penerapan kemahiran insaniah (KI) kepada pelajar dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran di IPTA. In: Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18 Ogos 2008, Hotel Mahkota, Melaka.

[img]
Preview
PDF
213Kb

Abstract

Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia yang telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bertujuan bagi melahirkan modal insan berkualiti, berketrampilan dan mampu berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa. Tujuh elemen Kemahiran Insaniah (KI) telah dikenalpasti untuk dijadikan atribut yang perlu dikuasai oleh graduan IPTA. Elemen KI tersebut ialah Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah, Kemahiran Kerja Berpasukan, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat, Kemahiran Keusahawanan, Etika dan Moral Profesional serta Kemahiran Kepemimpinan. Modul yang dihasilkan juga telah menggariskan beberapa pendekatan yang sesuai untuk diambil oleh semua IPTA bagi menerapkan KI di kalangan pelajar. Satu kajian telah dijalankan dengan kerjasama pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada penghujung 2007 di kalangan semua staf akademik di IPTA bagi mengenalpasti tahap kesediaan, pengetahuan dan kemahiran mereka serta sokongan institusi berkaitan aktiviti penerapan KI. Kajian juga telah mengenalpasti kekurangan dan masalah yang dihadapi oleh staf akademik dalam menerap aktiviti KI dalam P&P yang mereka kendalikan. Secara keseluruhan majoriti responden bukan sahaja telah menyedari keperluan menerapkan KI di kalangan pelajar dalam P&P tetapi juga bersetuju dan bersedia untuk melaksanakannya di IPTA masing-masing. Kajian juga telah mengenalpasti masalah utama ialah kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menerap dan menilai KI dalam P&P, kekangan masa (akibat perlu menghabiskan silibus kursus yang dikendalikan) serta kekurangan bahan/dokumen rujukan yang boleh membantu mereka melaksanakan aktiviti tersebut. Bagaimanapun, masalah fundamental seperti tentangan dan ketidaksediaan mereka untuk melaksanakan aktiviti penerapan KI di kalangan pelajar dalam P&P ini bukan sebahagian dari masalah kepada majoriti responden.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kemahiran insaniah; pelajar; aktiviti pembelajaran dan pengajaran
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2314
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 May 2012 09:09
Last Modified:07 May 2012 09:09

Repository Staff Only: item control page