Pelaksanaan modul soft skills di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Mustafa, Mohamad Zaid and Mohd Nor, Nordiana and Mohd Salleh, Kahirol and Madar, Ahmad Rizal and Ibrahim, Badaruddin and Sulaiman, Norlisa and Razzaq , Abdul Rashid (2008) Pelaksanaan modul soft skills di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18 Ogos 2008, Hotel Mahkota, Melaka.

[img]
Preview
PDF
237Kb

Abstract

Permintaan ke atas graduan yang mempunyai kemahiran soft skills lebih di utamakan bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau pelaksanaan Modul Soft Skills di politeknik. Kajian berbentuk deskriptif dijalankan untuk melihat kefahaman pelajar terhadap kepentingan Modul Soft Skills bagi dua elemen utama iaitu membina personaliti individu yang positif dan kemahiran berkomunikasi. Selain itu juga, kajian ini adalah untuk melihat perbezaan kefahaman pelajar tentang kepentingan Modul Soft Skills bagi kedua-dua elemen antara jantina pelajar dan semester pelajar. Persampelan rawak mudah digunakan dalam menentukan lokasi kajian iaitu politeknik dan sampel yang hendak dikaji. Lokasi kajian yang dipilih ialah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 333 orang pelajar diploma kejuruteraan bagi semester 3 dan semester 5. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandung 2 bahagian iaitu: a) maklumat diri, dan; b) elemen Modul Soft Skills. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan statistic deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif yang digunakan ialah min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan; sementara statistik inferensi yang menggunakan ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kefahaman pelajar terhadap Modul Soft Skills bagi keduadua elemen adalah tinggi. Manakala, keputusan ujian inferensi menunjukkan bahawa tiada perbezaan kefahaman terhadap kepentingan Modul Soft Skills di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Selain itu, ujian inferensi ke dua juga menunjukkan tiada perbezaan kefahaman terhadap kepentingan Modul Soft Skills di antara pelajar semester 3 dengan pelajar semester 5. Justeru, pelaksanaan Modul Soft Skills di politeknik dapat mempertingkatkan soft skills pelajar dan sekaligus dapat membantu pelajar untuk lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kemahiran berkomunikasi dan membina personaliti individu yang positif
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2315
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 May 2012 09:09
Last Modified:07 May 2012 09:09

Repository Staff Only: item control page