Kolaborasi IPTA dan industri dalam penerapan kemahiran insaniah

Hashim, Jamaluddin and Hussein, Atan and Aziz, Noor Azizah and Ab. Hadi, Md. Yusop and Zainal Abidin, Ramlan (2008) Kolaborasi IPTA dan industri dalam penerapan kemahiran insaniah. In: Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18 Ogos 2008, Hotel Mahkota, Melaka.

[img]
Preview
PDF
211Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penerimaan kolaborasi di antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pihak industri. Kajian ini juga bagi mengenal pasti elemen-elemen kemahiran insaniah (KI) yang menjadi keutamaan pensyarah terhadap mahasiswa serta elemen-elemen KI yang menjadi keperluan industri. Bagi mengkaji permasalahan ini, sebanyak enam persoalan kajian yang berkaitan telah dibentuk. Sampel kajian yang digunakan adalah terdiri daripada 59 orang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan juga 40 orang pihak pengurusan Industri pengeluaran elektrik dan elektronik di Fujitsu dan Sharp Manufacturing (M) Sdn Bhd di Batu Pahat. Dua set soal selidik yang mempunyai kandungan yang sama tetapi berlainan format disediakan. Data-data yang diperolehi melalui soal selidik dikumpul dan dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS 12 .0. Statistik min dan sisihan piawai digunakan untuk melaporkan data deskriptif. Statistik ujian-T pula digunakan untuk menentukan perbezaan KI dan perbezaan penerimaan kolaboratif di antara pembolehubah-pembolehubah kajian. Tahap keertian 0.05 ditetapkan untuk melapor data. Pensyarah berpendapat bahawa mereka merasakan kolaborasi bersama pihak industri penting dan elemen-elemen KI yang menjadi keutamaan pihak industri telah diterap dalam kalangan mahasiswa walaupun seperti yang diperlukan oleh pihak industri. Manakala pihak industri pula merasakan kolaborasi bersama Institusi Pendidikan berada pada tahap sederhana dan elemen-elemen KI yang diperlukan oleh pihak industri adalah juga pada tahap sederhana. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam penerimaan kolaborasi dan elemen KI yang diperlukan di antara Insitusi Pendidikan dan pihak industri. Bahagian akhir kajian menunjukkan beberapa cadangan dalam meningkatkan lagi kajian yang lebih meluas agar kajian ini menjadi panduan kepada pensyarah dan pihak industri dalam membuat penambahbaikkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kolaborasi; industri; penerapan kemahiran insaniah
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2316
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:07 May 2012 09:10
Last Modified:07 May 2012 09:10

Repository Staff Only: item control page