Kemahiran employability dalam kalangan mahasiswa dan pensyarah: perbandingan dengan industri

Mohd Salleh, Kahirol and Ibrahim, Wan Nur Hidayah and Sulaiman , Nor Lisa and Ibrahim, Badaruddin and Mustafa, Mohamad Zaid (2008) Kemahiran employability dalam kalangan mahasiswa dan pensyarah: perbandingan dengan industri. In: Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18 Ogos 2008, Hotel Mahkota, Melaka.

[img]
Preview
PDF
315Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan ciri-ciri kemahiran employability yang diterapkan oleh pensyarah kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan pelajar tahun akhir kejuruteraan di UTHM dengan industri. Selain itu, kajian ini juga ingin mengkaji kekuatan hubungan yang wujud di antara penerapan pensyarah, penguasaan dan kehendak industri terhadap elemen kemahiran employability. Seramai 610 responden terdiri daripada 405 pelajar tahun akhir fakulti kejuruteraan di UTHM, 149 pensyarah fakulti kejuruteraan di UTHM dan 56 personel yang bekerja di dalam bidang kejuruteraan. Responden bagi pelajar dan pensyarah dipilih secara rawak manakala responden bagi kumpulan industri dipilih berdasarkan persampelan kebetulan. Kajian ini merupakan kajian deskriptif secara tinjauan yang menggunakan borang soal-selidik untuk mengumpulan data. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packege for the Social Sciences (SPSS 11.0 for Windows). Dapatan kajian menunjukkan, wujud perbezaan dari pemberatan elemen apabila pensyarah cenderung untuk menerapkan kemahiran komunikasi pada pelajar. Manakala pihak industri lebih mementingkan sifat tanggungjawab. Pelajar pula lebih menekankan kemahiran bekerja bersama orang lain. Kajian juga jelas menunjukkan perhubungan di antara penerapan pensyarah dan kehendak industri adalah positif kuat. Manakala, perhubungan di antara penguasaan pelajar dengan kehendak industri pula adalah positif sederhana. Bagi penerapan pensyarah dengan penguasaan kemahiran employability pelajar, dapatan menunjukkan perhubungan yang positif sederhana wujud di antaranya. Secara kesimpulan, pensyarah sedar akan kehendak semasa industri tetapi penguasaan pelajar masih di tahap sederhana.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:employability; mahasiswa
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2317
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:02 Feb 2012 10:55
Last Modified:02 Feb 2012 10:55

Repository Staff Only: item control page