Sumbangan kurikulum dan kokurikulum bagi penguasaan kemahiran generik terhadap pelajar tahun akhir UTHM

Ab Hadi, Mohd Yusop and Esa, Ahmad and Vinayagam, Yogeshwari and Yasak, Zurina (2008) Sumbangan kurikulum dan kokurikulum bagi penguasaan kemahiran generik terhadap pelajar tahun akhir UTHM. In: Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
46Kb

Abstract

Tujuan kajian dijalakan ialah untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar tahun akhir UTHM dan sumbangan kurikulum serta kokurikulum dalam menerapkan kemahiran ini kepada pelajar. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjau sampel yang melibatkan 108 orang pelajar UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) dengan menggunakan instrumen soal selidik. Keputusan yang diperoleh mendapati bahawa tahap penguasaan responden dari segi tiga aspek kemahiran generik adalah tinggi. Kemahiran bekerja dalam kumpulan adalah paling tinggi dikuasai oleh responden diikuti oleh kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran berkomunikasi. Dapatan kajian menunjukkan sumbangan kurikulum dan kokurikulum bagi menerapkan kemahiran ini kepada pelajar. Interpretasi min menunjukkan sumbangan kurikulum yang tertinggi dalam menerapkan kemahiran generik dan diikuti oleh sumbangan kokurikulum. Namun begitu, kajian ini menunjukkan pelbagai kekurangan penguasaan dari aspek Bahasa Inggeris dan bahasa ketiga oleh pelajar yang merupakan aspek penting untuk arena kerjaya. Oleh itu, dikemukakan beberapa cadangan di sesuatu sekolah atau institusi untuk menerapkan penguasaan Bahasa Inggeris dan bahasa ketiga.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kurikulum; kokurikulum; kemahiran generik
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2325
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:03 Feb 2012 11:18
Last Modified:03 Feb 2012 11:18

Repository Staff Only: item control page