Penguasaan kemahiran berpasukan menerusi penyertaan di dalam kokurikulum: satu tinjauan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mustafa, Mohamad Zaid and Suradin, Ali and Ibrahim, Badaruddin and Mastor, Sufian and Mohd Salleh, Kahirol and Madar, Ahmad Rizal and Sulaiman, Nor Lisa (2008) Penguasaan kemahiran berpasukan menerusi penyertaan di dalam kokurikulum: satu tinjauan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. In: Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
145Kb

Abstract

Pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan memberi pengalaman dan menerapkan kemahiran generik seperti kemahiran berpasukan kepada pelajar. Majikan pada masa kini meletakkan kemahiran berpasukan sebagai salah satu kemahiran bukan teknikal yang perlu dikuasai oleh pekerja. Namun begitu, senario graduan menganggur disebabkan kurang kemahiran bukan teknikal kerana tidak dapat memenuhi kehendak majikan masih tetap berlaku. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan pelajar menerusi penyertaan mereka di dalam kokurikulum. Seramai 302 orang pelajar tahun akhir yang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan indeks kebolehpercayaan 0.8327. Data dianalisis secara statistik deskriptif (seperti skor min, sisihan piawai dan peratusan) dan statistik inferensi (Ujian Man- Whitney U, Kruskal-Wallis dan Korelasi Koefisien Pangkat Spearman) menggunakan perisian Statistic Package of Social Science (SPSS versi 11.5). Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan kemahiran berpasukan dan kesedaran pelajar terhadap kepentingan menyertai kokurikulum secara keseluruhannya adalah tinggi (skor min = 4.02 dan 4.13). Selain itu, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran berpasukan di antara jantina dan juga fakulti. Manakala terdapat perkaitan iaitu hubungan linear positif yang sederhana tetapi signifikan secara statistik antara penguasaan kemahiran berpasukan dengan kesedaran kepentingan menyertai kokurikulum dalam kalangan pelajar. Oleh itu, semua pihak yang terlibat harus memberi perhatian dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk terus membantu meningkatkan kemahiran berpasukan dalam kalangan relajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2326
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:03 Feb 2012 11:28
Last Modified:03 Feb 2012 11:28

Repository Staff Only: item control page