Peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam membina sahsiah pelajar berkualiti

Mohamad, Baharom and Suradin, Ali and Khamisan, Za’aba Helmi (2008) Peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam membina sahsiah pelajar berkualiti. In: Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
181Kb

Abstract

Peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral membentuk personaliti pelajar yang mencakupi aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Di samping pemahaman dari segi kurikulum Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, pelajar juga diharapkan dapat mengaplikasikan segala ilmu asas pengetahuan dan konsep yang dipelajari dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi menepati kehendak pendidikan untuk membina sahsiah pelajar berkualiti khususnya di politeknik. Maka tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji peranan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam membina sahsiah pelajar berkualiti di politeknik dengan melihat pemahaman kurikulum subjek-subjek ini dan seterusnya melihat pengaplikasian akhlak dan nilai dalam kehidupan seharian pelajar. Di samping itu kajian ini juga melihat faktor yang mempengaruhi membina sahsiah pelajar berkualiti ini. Reka bentuk kajian ini berbentuk kaedah deskriptif kuantitatif iaitu melalui set borang soal-selidik kepada pelajar Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta berbentuk kualitatif iaitu melalui temubual bersama pensyarah subjek berkenaan. Seramai 275 orang responden semester tiga bidang kejuruteraan dipilih daripada tiga buah politeknik iaitu Politeknik Merlimau Melaka, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dan juga Politeknik Johor Bahru di Pasir Gudang, Johor di mana 250 orang responden mengambil subjek Pendidikan Islam manakala 25 orang responden mengambil subjek Pendidikan Moral. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman pelajar terhadap kurikulum Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral adalah tinggi (skor min = 4.5 dan 3.99) tetapi perlaksanaan akhlak dan nilai terpuji di dalam kehidupan pelajar adalah berada pada tahap sederhana (skor min = 3.67 dan 3.61). Di samping itu, diperolehi bahawa faktor keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi sahsiah pelajar Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral berbanding faktor rakan-rakan dan juga faktor pensyarah.. Kesimpulannya, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sememangnya berperanan penting dalam membina sahsiah pelajar berkualiti di politeknik.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP42-48 Study and Teaching
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2327
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:02 Feb 2012 09:28
Last Modified:02 Feb 2012 09:28

Repository Staff Only: item control page