Peranan kem motivasi pelajar harapan PROPEMP dalam membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar FKE

Isa, Khalid and Mohamed, Masnani and Jalani , Jamaludin and Tukiran, Zarina and Jumaat, Siti Amely and Fuad, Norfaiza and Ahmad, Ida Laila and Mohamad, Shamsul and Mohd Muji , Siti Zarina (2008) Peranan kem motivasi pelajar harapan PROPEMP dalam membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar FKE. In: Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
132Kb

Abstract

Kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik adalah merupakan salah satu aspek terpenting dalam mengukur kejayaan sistem akademik di sesebuah universiti selain daripada mengukur kejayaan seseorang pelajar itu sendiri. Peningkatan bilangan pelajar yang cemerlang dalam akademik iaitu yang mencapai prestasi CPA melebihi 3.0 menggambarkan kualiti dan keberkesanan sistem akademik yang diamalkan. Bagi memastikan hal yang demikian berlaku, usaha yang mendorong ke arah peningkatan ketrampilan pelajar perlu dilaksanakan secara berterusan. Program sokongan berterusan seperti kem motivasi merupakan salah satu usaha yang dikenalpasti mampu mendorong ke arah peningkatan kecemerlangan akademik dan ketrampilan pelajar. Kertas kerja ini ditulis bagi tujuan berkongsi pengetahuan dan pengalaman Jawatankuasa Program Pembangunan Pelajar (PROPEMP) dalam menganjurkan kem motivasi kepada pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE). Pada dasarnya, kem motivasi ini adalah khusus kepada para pelajar yang mendapat CPA antara 1.7 hingga 2.5 pada Semester 1 Sesi 2007/2008. Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan, pelaksanaan dan hasil kem motivasi yang telah dijalankan dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang terpilih. Hasil daripada maklumbalas pelajar didapati bahawa program kem motivasi yang telah dijalankan ini berjaya mencapai objektifnya dalam memberi motivasi dan dorongan untuk mengubah ketrampilan pelajar agar menjadi lebih cemerlang dalam bidang akademik serta sahsiah diri. Penganalisaan dan pemantauan prestasi serta pencapaian akademik para pelajar yang terpilih masih diteruskan bagi menilai keberkesanan kem motivasi yang telah dijalankan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:program pembangunan pelajar; kem motivasi; kecemerlangan akademik; prestasi akademik; pelajar cemerlang
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Electrical and Electronic Engineering > Department of Robotic and Mechatronic Engineering
ID Code:2328
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:02 Feb 2012 09:31
Last Modified:02 Feb 2012 09:31

Repository Staff Only: item control page