Penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar kejuruteraan melalui pembelajaran koperatif : tinjauan di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Esa, Ahmad and Mohamad, Baharom and Mohd Salleh, Berhannudin and Awang, Fauzianna (2008) Penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar kejuruteraan melalui pembelajaran koperatif : tinjauan di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). In: Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
50Kb

Abstract

Pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah pembelajaran yang bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian akademik tetapi juga dapat menerapkan kemahiran insaniah kepada pelajar. Namun begitu, belum ada kajian dilakukan bagi melihat tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar setelah mengikuti pembelajaran koperatif di IPTA dan IPTS. Oleh yang demikian, kajian ini meninjau sejauh mana tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar kejuruteraan setelah mengikuti pembelajaran koperatif di UniKL MFI dan UTM. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar setelah mengikuti pembelajaran koperatif berada pada tahap yang tinggi. Ujian t-tidak bersandar pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap penguasaan kemahiran komunikasi dan kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah di antara pelajar UniKL MFI dan UTM setelah mengikuti pembelajaran koperatif tetapi terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kemahiran kerja berpasukan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kemahiran insaniah; pembelajaran koperatif; kemahiran komunikasi
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2330
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:02 Feb 2012 09:46
Last Modified:02 Feb 2012 09:46

Repository Staff Only: item control page