Kemahiran interpersonal di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan di politeknik

Mohamed Yusof, Anizam and Esa, Ahmad and Ahmad, Anisah (2008) Kemahiran interpersonal di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan di politeknik. In: Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
43Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran interpersonal di kalangan pelajar diploma kejuruteraan di empat buah politeknik berdasarkan kaedah penerapan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan ini melibatkan 326 orang pelajar kursus Diploma Kejuruteraan semester akhir di Politeknik Kulim, Politeknik Seberang Prai, Politeknik Shah Alam dan Politeknik Merlimau yang mengikuti kursus Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Kejuruteraan Awam. Tiga indikator kemahiran interpersonal yang dikaji adalah kerja berpasukan, kemahiran memimpin dan kemahiran dalam membina rangkaian perhubungan. Metodologi yang digunakan adalah soal selidik dengan skala likert sebagai instrumen. Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 11.5 telah digunakan untuk menganalisa data-data tersebut. Hasil kajian menunjukkan penerapan kemahiran interpersonal secara keseluruhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap tinggi dengan skor min 4.21. Skor min keseluruhan bagi tahap penguasaan kemahiran interpersonal di kalangan pelajar juga berada di tahap yang tinggi iaitu 4.20. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan kemahiran interpersonal pelajar di keempat-empat buah politeknik yang terlibat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kemahiran interpersonal; proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > HM Sociology
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2331
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:02 Feb 2012 10:07
Last Modified:02 Feb 2012 10:07

Repository Staff Only: item control page