Kemahiran generik pelajar kejuruteraan mekanikal dalam mata pelajaran amalan bengkel kejuruteraan

Azhar, Aminuddin Afzan (2009) Kemahiran generik pelajar kejuruteraan mekanikal dalam mata pelajaran amalan bengkel kejuruteraan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
AMINUDDIN AFZAN BIN AZHAR - 24p.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
AMINUDDIN AFZAN BIN AZHAR - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (794kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
AMINUDDIN AFZAN BIN AZHAR - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Penguasaan kemahiran generik yang baik akan membolehkan seseorang individu mengadaptasikan diri dengan sebarang perubahan yang berlaku di tempat kerja. Kajian ini dijalankan untuk menilai penguasaan kemahiran generik dalam matapelajaran amalan bengkel kejuruteraan dikalangan pelajar tahun akhir Kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal UTHM. Perbandingan penguasaan kemahiran generik antara jantina, dilakukan. Aspek kemahiran generik yang dikaji ialah kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran berkomunikasi serta kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Kaedah persampelan yang di pilih adalah persampelan rawak mudah. Sampel terdiri dari pada 181 orang pelajar tahun akhir yang mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UTHM. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.5 untuk mendapatkan skor min dan nilai t. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan penguasaan kemahiran generik pelajar berada pada tahap sederhana (min = 3.38). Terdapat perbezaan min yang signifikan dalam perbandingan antara jantina bagi ketiga-tiga aspek iaitu kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran berkomunikasi serta kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan .Oleh itu, penguasaan kemahiran generik pelajar perlu ditingkatkan kepada tahap baik bagi memastikan agenda Negara untuk menjadi negara perindustrian menjelang 2020 akan terlaksana.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1037-1037.8 Career education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 31 Oct 2021 06:31
Last Modified: 31 Oct 2021 06:31
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2333

Actions (login required)

View Item View Item