Omar, Azhanie (2008) Penerapan nilai-nilaimurnidalam kalangan pelajar Sarjana muda pendidikan teknik dan vokasional semasa Menjalankan amali di makmal. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
AZHANIE BINTI OMAR - 24p.pdf Download (1MB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
AZHANIE BINTI OMAR - declaration.pdf Restricted to Repository staff only Download (742kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
AZHANIE BINTI OMAR - fulltext.pdf Restricted to Registered users only Download (9MB) | Request a copy |
Abstract
Nilai murni ialah nilai yang menjadi asas kepada pembentukan akhlak dan amat penting untuk diserapkan kepada setiap individu khususnya kepada golongan pelajar. Namun demikian menurut kajian-kajian lepas, nilai murni masih kurang diterapkan dengan memuaskan dalam kalangan pelajar terutamanya semasa menjalankan keija amali di makmal. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti sejauh mana pelajar dan pensyarah menerapkan nilai-nilai murni semasa proses pengajaran dan pembelajaran di makmal. Seramai 226 orang pelajar Saijana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) menjadi responden dalam kajian ini. Soal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini di samping temu bual dan pemerhatian sebagai instrumen sokongan. Data-data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 12.0 bagi mendapatkan min, sisihan piawai dan inferensi ANOVA manakala analisis kandungan bagi data temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pelajar menerapkan kesemua nilai murni yang terlibat dalam kajian ini. Walau bagaimanapun didapati hanya sebahagian sahaja pensyarah menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di makmal. Oleh yang demikian, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan untuk memastikan pensyarah dan pelajar menerapkan nilai-nilai murni antaranya ialah pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) perlu membuat penyeliaan dari masa ke semasa bagi memastikan pensyarah dan pelajar bersama-sama menerapkan nilai-nilai murni semasa proses pengajaran dan pembelajaran di makmal.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB3602-3640 School life. Student manners and customs |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Miss Nur Rasyidah Rosli |
Date Deposited: | 31 Oct 2021 07:20 |
Last Modified: | 31 Oct 2021 07:20 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2353 |
Actions (login required)
View Item |