Wan Sulaiman, Wan Nor Hafiza (2007) Penguasaan kemahiran generik di kalangan graduan hospitaliti di politeknik : satu kajian berkenaan keperluan industri perhotelan, persepsi pensyarah dan pelajar. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Text (Copyright Declaration)
WAN NOR HAFIZA BINTI WAN SULAIMAN - declaration.pdf Restricted to Repository staff only Download (338kB) | Request a copy |
||
|
Text (24 pages)
WAN NOR HAFIZA BINTI WAN SULAIMAN - 24p.pdf Download (2MB) | Preview |
|
Text (Full Text)
WAN NOR HAFIZA BINTI WAN SULAIMAN - fulltext.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti kepentingan kemahiran generik mengikut keperluan industri perhotelan di Malaysia dengan persepsi pensyarah dan persepsi pelajar Jabatan Hospitaliti. Oleh kerana matlamat kurikulum pendidikan kini adalah untuk melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan pihak industri, maka kajian ini dijalankan untuk menilai hubungan di antara keperluan industri perhotelan di Malaysia dengan persepsi pensyarah dan pelajar Jabatan Hospitaliti di Politeknik. Terdapat 13 kemahiran generik yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran dan Latihan Ontario (1997) dijadikan sebagai skop kepada instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada tiga pihak utama iaitu industri perhotelan di Malaysia yang melibatkan 40 buah hotel yang diwakili oleh MAH Chapter dan jawatankuasa dalam Malaysian Associated of Hotel (MAH), pensyarah Unit Hotel dan Katering dan pelajar semester akhir Diploma Hotel dan Katering di Politeknik Johor Bahru, Johor dan Politeknik Merlimau, Melaka. Kajian rintis yang dijalankan menunjukkan nilai Alpha Cronbach pada 0.8781. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Melalui dapatan kajian, satu senarai berkenaan kemahiran generik yang diperlukan oleh industri perhotelan telah dapat dihasilkan. Selain itu, senarai kemahiran generik menurut persepsi pensyarah dan juga persepsi pelajar turut dihasilkan. Hasil statistik dan graf garis yang diperolehi menunjukkan terdapat perbezaan di antara kemahiran generik yang diperlukan oleh industri perhotelan di Malaysia dengan kemahiran generik menurut persepsi pensyarah dan persepsi pelajar Politeknik. Dapatan analisis menggunakan korelasi Pearson mendapati bahawa tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara kemahiran generik yang diperlukan oleh industri perhotelan dengan persepsi pensyarah dan persepsi pelajar. Namun begitu, terdapat hubungan yang signifikan di antara persepsi pensyarah dengan persepsi pelajar berkenaan dengan amalan kemahiran generik di Politeknik.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1037-1037.8 Career education |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi |
Date Deposited: | 31 Oct 2021 07:38 |
Last Modified: | 31 Oct 2021 07:38 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2374 |
Actions (login required)
View Item |