Peramalan terhadap permintaan perumahan awam kos rendah

Md. Yassin, Azlina and Ramlan, Rohaizan and Al-Aminr, Mohammad Hafez (2011) Peramalan terhadap permintaan perumahan awam kos rendah. In: International Seminar on the Application of Science and Mathematics 2011, 1 - 3 November 2011, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.

[img]
Preview
PDF
129Kb

Abstract

Ketepatan peramalan merupakan dasar yang utama dalam proses perancangan dan proses membuat keputusan di dalam sebuah organisasi. Walaupun terdapat pelbagai kaedah peramalan untuk meramal masa depan sesebuah organisasi, tetapi tidak semua kaedah peramalan tersebut boleh menghasilkan ramalan yang tepat. Hakikatnya, peramalan yang tidak tepat akan mendatangkan kerugian kepada pihak pengurusan dan pengguna. Tujuan kajian in i dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti kaedah peramalan yang paling sesuai digunakan bagi meramal permintaan peru mahan awam kos rendah. Secara khususnya, kajian in i adalah tertu mpu kepada tiga kaedah peramalan yang utama iaitu kaedah moving average, kaedah linear trend dan kaedah exponential s moothing. Di dalam kajian ini, Negeri Kelantan telah dipilih sebagai kawasan kajian. Data-data berkaitan permintaan perumahan awam kos rendah (data sekunder) adalah diperolehi daripada Bahagian Peru mahan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Bagi menguji kesesuaian kaedah peramalan yang digunakan, data-data yang diperolehi telah dianalisa dengan menggunakan ketiga-tiga teknik peramalan dengan bantuan perisian ko mputer Microsoft Excel. Seterusnya,untuk membuat perbandingan ketepatan kaedah peramalan yang paling sesuai untuk meramal permintaan perumahan awam kos rendah, Mean Absolute Deviation (MAD) telah digunakan di dalam analisa kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah peramalan mov ing average tiga purata bergerak merupakan kaedah peramalan paling tepat untuk meramal permintaan secara tahunan bagi perumahan awam kos rendah di Negeri Kelantan. Diharapkan supaya dapatan daripada kajian ini akan dapat membantu pihak kerajaan dalam membuat persediaan perancangan pembangunan perumahan kos rendah pada masa hadapan serta memberi informasi kepada pemaju -pemaju perumahan di dalam membangunkan perumahan kos rendah agar selari dengan permintaan pasaran.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:MAD; peramalan; perumahan kos rendah
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions:Faculty of Technology Management, Business and Entrepreneurship > Department of Construction and Property Management
ID Code:2377
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:20 Feb 2012 09:01
Last Modified:20 Feb 2012 09:32

Repository Staff Only: item control page